Komen UBSA

Memuatkan berita semasa UMNO Bahagian Shah Alam untuk ahli-ahli yang peka dan ingin tahu perkembangannya terutama pandangan mengenai kepimpinan dan arahtujunya. E-Mail komen: komenubsa@yahoo.com

Sunday, April 27, 2008

Pemuda, Oh Pemuda ....

Tahun ini pemilihan kepimpinan Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam pasti menarik.

Ramai bakat-bakat kepimpinan pemuda yang menyimpan impian untuk menduduki jawatan tersebut. Antara gandingan yang disebut-sebut ialah gandingan Azhari -Adilob, Sharel-Romzi, Sharizal-Mashar dan Hashim-Zahid.

Nampaknya begitu ramai sekali yang berminat untuk menjadi Ketua dan Naib Ketua Pemuda UMNO Shah Alam.

Walaupun begitu ramai ahli-ahli pemuda yang berasa terkilan kerana gandingan Azhari-Adilob telah mendapat restu Dato Ahmad Nawawi Timbalan Ketua Bahagian.

Ramai ahli pemuda yang kecewa dan marah kerana masih terdapat kaedah "tunjuk-tunjuk" oleh kepimpinan bahagian. Seperti yang diketahui umum Ketua Pemuda sekarang, Rahim Mat Shah, yang tamat had umur juga telah "ditunjuk" oleh Dato Nawawi. Kepimpinan pemuda dibawah Rahim dikatakan begitu lemah sekali dengan Azhari Naib ketuanya.

Azhari yang amat mengharapkan restu dan "tunjuk" Dato Nawawi tentunya berasa seronok dan lega dengan perkembangan ini. Dia merasakan kedudukannya agak terjamin dengan naungan payung Dato Nawawi.

Sebenarnya naungan inilah yang akan menjadi duri dan masalah pada Azhari. Ramai ahli-ahli pemuda yang secara terang-terangan sudah meluahkan rasa tidak puas hati mereka dan sedang berusaha mewujudkan kumpulan menentang.

Ramai kalangan ketua-ketua pemuda cawangan berpendapat biarlah pemuda sendiri menentukan acuan kepimpinan mereka. Mereka benar-benar mahukan kepimpinan yang dinamik, berani, terbuka dan mempunyai visi perjuangan jelas selepas mengharungi kekalahan dalam PRU12 baru-baru ini. Mereka tidak lagi mahu kepimpinan pemuda yang dikawal secara "remote" oleh tangan-tangan dari luar. Keadaan kepimpinan beginilah menjadikan pemuda terlalu taksub dan takut untuk bergerak dilandasan sendiri.

Buat masa ini, selain dari kumpulan Azhari-Adilob dibawah naungan Nawawi, satu gandingan kumpulan lain yang semakin kuat dan mantap serta tersusun rapi ialah kumpulan gandingan Hashim-Zahid. Hashim adalah pemegang dua ijazah dan berjawatan pengurusan disebuah syarikat multinasional manakala Zahid adalah seorang akauntan.

Gandingan ini sudah bergerak dan mula meraih sokongan yang semakin kuat. Nizam Nazir yang diletakkan sebagai bakal setiausaha adalah seorang ketua pemuda cawangan yang mempunyai talian akar umbi kuat memantapkan lagi gandingan ini.

Apapun Pemuda Shah Alam pastinya melalui satu episod yang amat menarik dalam pemilihan kali ini. Mereka perlu membuat penilaian apakah mahu terus dibayangi oleh orang-orang tertentu atau melepaskan diri dari belenggu naungan dan "restu". Sekiranya kebebasan kepimpinan yang mereka inginkan inilah masanya untuk mereka mengorak langkah melakukan perubahan yang bakal mencorak hala tuju Pergerakan Pemuda Shah Alam masa hadapan.

Implikasinya, sekiranya gandingan Azhari-Adilop kecundang tentunya ia membawa tamparan dan padah kepada pemilihan barisan Dato Nawawi dalam pertandingan UMNO Bahagian nanti.
Inilah yang amat dikhuatiri oleh Dato Nawawi dan barisannya.

Saturday, April 19, 2008

Pemilihan Kepimpinan UMNO Bahagian 2008

Pastinya tahun ini adalah tahun bersejarah dalam pemilihan kepimpinan UMNO Bahagian.

Pertama, pemilihan tidak lagi secara kebiasaan. Buat pertama kalinya pucuk pimpinan yang akan dipilih bukanlah dari kalangan wakil rakyat. Pimpinan Bahagian sekarang iaiatu Salamon (KB) dan Nawawi (TKB) kecundang dalam pilihanraya. Tidak ada lagi prefix YB pada nama-nama mereka yang bertanding. Medan pemilihan adalah sama rata.

Kalau dahulu kebiasaannya mereka yang bergelar wakil rakyat menjadi keutamaan pada ahli-ahli; samada kerana menerima dengan ikhlas ataupun kerana "hormat" yang dipaksa. Ini kerana pergantungan kepada projek-projek kecil PBT, peruntukan wakil rakyat, jawatan-jawatan yang diagih (spt nazir mesjid, Ketua kampung) yang dibawa oleh kuasa wakil rakyat.

Oleh kerana itu laluan amatlah sukar bagi mereka yang tidak bergelar YB untuk menerajui pucuk pimpinan bahagian.

Kali ini kuasa-kuasa yang boleh "memaksa" itu sudah tiada. Pemilihan kali ini lebih bersifat kepada "merit". Sindrom takutkan wakil rakyat atau "paksa hormat" yang menyebabkan "pilihan terpaksa" sudah hilang.

Jika dahulu beberapa AJK bahagian terpilih kerana mereka adalah "kroni" atau orang kanan kepada wakil rakyat yang menerajui bahagian kali ini nasib mereka belum tentu. Kebanyakan dari mereka ini hanyalah AJK "enggeh" atau "yes men" sahaja. Buat menghangatkan kerusi bahagian sahaja. Tidak payahlah kita nyatakan siapa mereka satu demi satu kerana umumnya pimpinan akar umbi tahu siapa mereka.

Orang-orang seperti inilah yang menyebabkan UMNO Bahagian Shah Alam menjadi lemah, lesu dan kurang berwibawa. Jika UMNO bahagian itu sebuah kereta empat silinder, maka mereka ini adalah 2-3 silinder yang tidak berfungsi menyebabkan kereta tidak berfungsi sepenuhnya.

Cukuplah mereka ini telah diberi peluang sekian lama untuk mencukupkan kuorum mesyuarat sahaja. Masanya telah tiba untuk kita memasukkan mereka yang lebih berupaya dan mempunyai idea-idea baru. Eloklah 2-3 silinder yang tidak berfungsi digantikan dengan silinder baru agar kereta kita dapat berlumba dengan lebih baik dalam pilihanraya yang akan datang dan kembali menjuarai perlumbaan.

Semuanya terletak ditangan anda sebagai pemimpin akar umbi.

Friday, April 18, 2008

Apakah Kredibiliti Anda?

Ada orang bertanya saya apakah kredibiliti saya sebagai pemerhati, penganalisis dan pengkritik politik UMNO Bahagian Shah Alam?

Saya terpegun dengan soalan ini. Lalu saya fikir apakah pengalaman dan pemerhatian yang pernah saya lalui.

Saya mula berjinak dengan senario politik Shah Alam bila Hj. Zin Mohamad (sekarang Dato Zin Menteri Kerjaraya) menawarkan diri bertanding menentang Kamaruddin Ahmad pada tahun 1989. Saya diletak sebagai perancang hinggakan dipanggil "Professor" (gelaran yang lekat hingga kehari ini). Sahabat saya Kapt Sudirman turut membantu.

Apabila Hj. Zin jadi Ketua Pemuda saya dilantik Penolong Bendahari selepas Hj Sukaiman (BSN) terpaksa lepaskan jawatan sebab Kumpulan A. Untuk mantapkan saya jadi SU Kerja Pemuda UMNO bila Shamsuddin Latip dibawa masuk sebagai Bendahari.

Tahun 1993 saya jadik AJK Pemuda & Pengerusi Biro Latihan. Tahun itu juga saya jadi AJK Bahagian (bila Salamon tewaskan Sujak) dan jadi SU Penerangan (Amzah Umar jadi KPn). Semasa Salamon bertanding lawan Sujak saya dalam "kumpulan" kecil penggerak utama. Saya kemudiannya pernah jadi SU Pemuda Bhg bila pecah sempadan.

Tahun 1995 saya jadi AJK Bhg dan Pengerusi Biro latihan. Masa Mat Ripen jadi Ketua Penerangan saya adalah SU Penerangan dan AJK Bahagian.

Tahun 2004 saya adalah Ketua Penerangan UMNO Bahagian Shah Alam hinggalah saya meletak jawatan pada bulan Jun 2006 bila tidak selari dengan Ketua Bahagian.

Bermaknalah sudah hampir 2o tahun saya berkecimpung diperingkat bahagian dalam UMNO Bahagian Shah Alam.

Tidakkah itu mencukupi untuk saya menjadi pemerhati, penganalisis dan pengkritik perkembangan politik UMNO Bahagian Shah Alam?

Terjualkah Bangunan UMNO Shah Alam (Bhg 3)

Sekiranya bangunan UMNO Shah Alam terjual, tidak kiralah samada semua atau beberapa tingkat sekalipun, imej UMNO Bahagian tentunya tercemar. Dari sebuah bahagian yang berbangga dengan bangunan yang tersergam indah, ianya hanya akan tinggal nama. Umpama orang Melayu yang semakin terhakis ketuanannya. Inilah akibat kepimpinan lemah yang tidak mampu berfikir dengan mendalam atau berakal panjang.

Penyata Kewangan Yang Tidak Telus
Selama berbelas tahun Salamon menjadi Ketua UMNO Bahagian, penyata kewangan yang dibentangkan kepada para perwakilan bukanlah sesuatu yang lengkap, jelas dan telus. Penyata kewangan yang diberikan hanyalah sebahagian sahaja, iaitu dari segi perbelanjaan operasi sahaja.

Pendapatan dan perbelanjaan menyeluruh tidak ditunjukkan. Penyata kewangan yang mengandungi "balance sheet" yang menunjukkan aset dan liabiliti tidak pernah dibentangkan. Ianya tidak menunjukkan keseluruhan kedudukan kewangan UMNO bahagian yang sebenarnya. Mungkin Ketua dan Timbalan menganggap ahli-ahli perwakilan UMNO Shah Alam tidak mampu mentelaah atau memahami butiran dan istilah kewangan. Mungkin pada anggapan mereka ahli-ahli perwakilan buta huruf bidang kewangan.

Selama lebih dari 10 tahun bangunan UMNO wujud pimpinan bahagian tidak telus dalam uruan ini dan telah mengelabui (deception) ahli-ahli UMNO Shah Alam.

Akaun-akaun bank bagi pendapatan dan perbelanjaan bangunan disimpan secara berasingan dan diopersikan oleh individu-individu tertentu sahaja.

Oleh itu amatlah perlu dalam masa terdekat ini satu kajian atau audit kewangan yang dijalankan oleh akauntan bertauliah untuk mengetahui kedudukan kewangan yang sebenarnya. Disamping itu jurunilai bertauliah perlulah dilantik untuk menilai berapa sebenarnya nilai bangunan UMNO Shah Alam. Jika pihak PPNS (Persatuan Peladang Negeri Selangor) membeli bangunan 11 tingkat disebelah bangunan UMNO dengan harga rm35 juta berapakah pula nilai bangunan UMNO 12 tingkat (satu tingkat lebih)?

Prosedur Transaksi Jualan
Setelah sekian lama penyata kewangan tidak telus kita ingin bertanya adakah jika jualan itu hendak diteruskan juga ianya dibuat dengan telus?

Transaksi jualan melibatkan jutaan ringgit ini bukanlah sesuatu yang kecil atau mudah dan dapat dilakukan dalam sekelip mata. Kita tidak ingin melihat aset ahli-ahli UMNO dijual pada bawah harga pasaran, dijual pada orang-orang tertentu atas sebab-sebab tertentu.

Jika ahli-ahli UMNO bersetuju untuk dijual ianya mestilah dibuat secara bida terbuka dan dikendalikan oleh orang-orang profesional. Harga "reserve" yang dibuat oleh jurunilai mestilah menjadi "benchmark".

Jualan pula mestilah pada syarikat bumiputra atau institusi kerajaan. Kita tidak mahu bangunan UMNO dimiliki oleh Lim Ba Ba atau Ayosami. Kita tidak ingin melihat kes empat lot pejabat dalam Kompleks Dagangan UMNO Shah Alam dijual pada orang Cina berulang kembali. Samada anda sedar atau tidak empat lot (saya ulang) lot pejabat UMNO dijual kepada bukan Melayu oleh pemaju dengan persetujuan Ketua Bahagian atas sebab kononnya tidak ada pembeli Melayu.

Apapun seperti yang saya katakan dalam artikel sebelum ini "pilihan untuk menjual" bukanlah sesuatu yang bijak. Ianya adalah satu pilihan orang yang tidak panjang akal dan "desperado" dengan mencari jalan keluar yang mudah.

Layakkah mereka ini dilantik lagi sebagai pemimpin??

Terjualkah Bangunan UMNO Shah Alam (Bhg 2)

Pengurusan Bangunan Yang Tidak Profesional

Salah satu faktor utama yang menyebabkan timbunan hutang akibat aliran tunai yang meruncing ialah pengurusan bangunan yang tidak bijak serta profesional. Sememangnya pengurusan bangunan sekarang bukanlah orang profesional. Ruang-ruang bangunan banyak yang kosong. Ruang-ruang prime (tingkat bawah dan tingkat satu) pula tidak disewa untuk menjana sumber kewangan.

Cubaan untuk menyewa tidak dibuat secara bersungguh-sungguh. Sepatutnya UMNO Bahagian melantik ejen-ejen profesional untuk membantu cara design dan kaedah penyewaan yang boleh mendatangkan hasil yang optima. Kaedah sekarang yang dibuat secara ad-hoc oleh pengurus bangunan tidak mendatangkan hasil yang setimpal.

Jika bangunan LPP disebelah boleh mendapat penyewaan hampir RM100 ribu sebulan, kenapa bangunan UMNO Shah Alam tidak dapat meraih hasil yang lebih kurang serupa.

Pada saya UMNO Bahagian tidak serius dalam mengwujudkan nilai komersial kepada bangunan tersebut. Ruang yang ada digunapakai untuk syok sendiri atau lebih kepada kebajikan yang akhirnya memudaratkan UMNO dengan bebanan hutang.

Pengurusan Hutang Yang Teruk
Pada hemat saya UMNO Shah Alam adalah penghutang (debtor) yang teruk. Mungkin kerana ada kedudukan dan kuasa sebelum ini hutang-hutang itu dibiarkan lapuk dan meningkat bertimbun-timbun.

Contohnya, hutang cukai pintu dengan MBSA. Kerana kedudukan EXCO, wakil rakyat, dan ahli majlis maka hutang itu dibiarkan meningkat dari tahun ketahun. Niat untuk membayarnya mungkin tidak pernah timbul kecuali jika keadaan mendesak. Hari ini keadaan bukan mendesak, tetapi sudak nazak.

Begitu juga dengan hutang penyelenggaraan dengan URUS PDUSA. Hutang ini tidak dijelaskan dengan bersungguh-sungguh dan mengikut jadual. Bukan makin mengurang tapi makin meningkat. Mungkin kerana lembaga pengarah URUS PDUSA pun adalah pemimpin UMNO. Pengarah Urus PDUSA naik pening kepala.

Oleh kerana bebanan hutang UMNO kepada Urus PDUSA terlalu banyak maka beberapa tahun lalu TNB telah memotong bekalan letrik keKompleks Dagangan UMNO Shah Alam. Bukan bangunan UMNO Shah Alam sahaja yang kena malah semua bangunan dan pejabat disitu. Ini menyebababkan KWSP melenting dan memberi amaran untuk keluar dari situ.

Semuanya gara-gara stail pengurusan Ketua UMNO Bahagian. Hari ini dia mahu sebahagian dari bangunan. Saya rasa eloklah dia terangkan kedudukan hutang yang sebenarnya dan biar pucuk pimpinan baru mengambil alih dan merongkainya.

Jika betul keadaan kewangan meruncing dan bangunan terpaksa dijual juga biarlah pimpinan baru memikirkannya dalam masa jangka panjang. Bukan dibuat dengan tergesa-gesa dalam masa jangka pendek. Jual bangunan melibatkan jutaan ringgit kepentingan ahli bukanlah perkara kecil dan dibuat kelam-kabut dalam masa yang pendek. "Common sense and intelligence should prevail".

Terjualkah Bangunan UMNO Shah Alam (Bhg 1)

Terjualkah Bangunan UMNO Shah Alam?

Itulah pertanyaan yang ditanya oleh beberapa ketua UMNO cawangan dan yang berlegar dalam kepala saya.

Dari desas desus yang bertiup kencang ada ura-ura kepimpinan yang ada sekarang ingin menjual sebahagian dari bangunan UMNO yang tersergam indah dan mercu kebanggaan ahli-ahli UMNO Shah Alam. Dengar khabar satu atau dua tingkat akan dijual.

Menurut ceritanya Salamon ingin melangsaikan semua hutang UMNO yang masih ada sebelum dia beredar turun dari ketua bahagian.

Jika ini benar-benar berlaku maka pada pandangan saya ianya bukanlah sesuatu yang bijak. Beberapa persoalan yang timbul dalam benak saya ialah:

Persoalan? Persoalan
Pertama, kenapakah baru sekarang pada saat-saat akhir kepimpinannya baru timbul ura-ura hendak jual banguanan (tidak kiralah samada satu bangunan atau satu tingkat)? Apakah muslihat dan sebab yang sebenarnya?

Kedua, jika dia masih ketua bahagian dan wakil rakyat lagi adakah bangunan ini akan dijual juga?

Ketiga, jika UMNO mempunyai hutang kenapa pembayaran hutang itu tidak dibuat selama berbelas tahun dia menjadi ketua bahagian?

Keempat, berapa banyakkah hutang UMNO bahagian yang sebenarnya? Kenapakah ahli-ahli UMNO tidak pernah diberitahu kedudukan kewangan UMNO Shah Alam yang sebenarnya selama 15 tahun dia jadi Ketua Bahagian?

Kelima, bolehkah dia sewenang-wenangnya dengan beberapa kerat pemimpin pengurusan melakukan apa jua transasksi jualan tanpa merujuk kepada persetujuan ahli?

Rancangan Menjual Tidak Bijak:

Stail Orang Tidak Bersekolah
Saya melihat menjual bangunan itu untuk membayar hutang yang ada bukanlah satu cara penyelesaian yang bijak. Jika Salamon, Nawawi, dan Dzuulkarnain benar-benar orang yang profesional mereka sepatutnya boleh berfikir banyak kaedah dan alternatif penyelesaian yang boleh dilakukan.

Kalau betul itu kaedah yang ingin mereka buat orang kampung yang tak pergi sekolah pun tahu melakukannya. Bagi mereka dikampung yang tidak bersekolah itulah kaedahnya - jual tanah bila perlukan wang. Itu stail lama. Cubalah fikir cara lain sama.

Hari ini banyak instrumen kewangan yang terdapat dalam pasaran. (Itu pun kalau mereka faham apa yang saya maksudkan). Sepatutnya mereka boleh meneroka penyelesaian kaedah lain kecuali mereka mempunyai agenda tersembunyi kenapa bangunan itu perlu dijual. Jika ada agenda tersembunyi tolonglah terangkan. Jika tidak orang akan syak wasangka.

Berapa Hutangnya & Perbelanjaan Tidak Berhemah?
Masalah utama yang menyebabkan perkara ini berlaku ialah kerana berbelanja dengan tidak berhemah. UMNO Shah Alam boleh dikatakan berbelanja secara "extravaganza". Mungkin masih terbawak-bawak zaman Salamon jadi SUP Menteri Kewangan. Mungkin berbelanja boros kerana dia berjawatan Datuk Bandar sebelum ini. Mungkin juga kerana Nawawi EXCO kerajaan Selangor sebelum ini. Mungkin juga kerana semua projek kecil MBSA, MPSJ dan PBT lain diselaraskan oleh Dzulkarnain.

Oleh kerana itu belanja pun tak payah berhemah. Lihatlah berapa ruang pejabat UMNO Shah Alam. Membazir. tak payahlah sebut UMNO Bahagian lain. Pejabat UMNO beberapa negeri lain pun kalah dengan pejabat UMNO Shah Alam. Bilangan kakitangan pun berlebih.

Berapa sebenarnya hutang UMNO Shah Alam. Mungkin satu juta? Mungkin dua juta? Atau berapa sebenarnya. Bagi tahulah. Kenapa sembunyi-sembunyi hingga bertimbun begitu banyak. Pada jangkaan saya mungkin lebih dari satun juta. Hutang penyelenggaraan bangunan banyak.... Hutang cukai pintu banyak .... Hutang pada katering (satu penyedia makanan sahaja yang UMNO Shah Alam pilih walaupun ramai ahli boleh buat) pun banyak... (tak payahlah saya sebut angka untuk semua ini).

Kita pun hairan kalau berhutang bertahun-tahun tak bayar, tiba-tiba tup-tup mahu jual bangunan untuk bayar hutang begini. Cubalah anda fikir! (sambung bhg 2)

Friday, April 11, 2008

Penilaian Kepimpinan Kanan UBSA - Abd Rahim Mat Shah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Shah Alam

Kali ini marilah kita melihat kepimpinan pemuda dibawah Abd. Rahim Mat Shah.

Rata-rata ramai ketua-ketua pemuda sendiri mempertikaikan kewibawaan ketua pemudanya. Ramai yangg mengadu ketua pemuda mereka lesu dan lembik. Tidak mempunyai visi dan misi yang jelas. Malah ada pula yang kata Rahim Mat Shah syok sendiri sahaja. Dia lebih pentingkan jawatannya atau tempat yang ingin didudukinya sahaja.

Saya pernah memberi komen bahawa AJK pemuda mcam polis trafik dan kumpulan juruiring bila TKB Ahmad Nawawi turun padang. Mereka mengiringnya macam raja turun kampung. Komen ini saya buat semasa kursus sukarelawan menambah ahli diJugra beberapa tahun lalu. Beberapa kerat ahli pemuda yang menyertai program tersebut lesap apabila Ahmad Nawawi balik. Jelas mereka hanya hadir untuk tunjuk muka Ahmad Nawawi.

Dalam mesyuarat pengurusan berikutnya saya ditanya oleh KP Rahim kenapa saya membuat komen sebegitu rupa. Saya terangkan bahawa jika ini sikap pemuda yang nampaknya hanya hadir untuk menunjuk-menunjuk (mungkin bodek dan ampu) maka kita tidak akan mencapai matlamat yang disasarkan. Bukan main marah Rahim pada saya. Apa yang dia cuba nak buktikan depan Nawawi saya kurang pasti.

Apalah yang kita nak hairankan jika pemuda dibawah Rahim Mat Shah adalah satu kumpulan pergerakan pemuda yang paling lemah sepanjang penglibatan saya lebih 20 tahun dalam UMNO Shah Alam. Dalam era lima ketua pemuda (Kamaruddin, Zin Mohamad, Aziz Bakri, Ahmad Nawawi, Rahim) Rahimlah ketua pemuda yang paling lemah. Paling layak untuk buat kumpulan juruiring sahaja.

Ketua Pemuda yang lemah akan cari pembantu yang lemah juga. Semasa saya jadi Ketua Penerangan boleh kata susah nak dapat kerjasama Pemuda. Ketua Penerangan Pemuda, Mashar, amat jarang (ya amat jarang) hadir mesyuarat penerangan.

Mungkin Rahim dapat jawatan ketua pemuda dengan cara yang mudah. Dia ditunjuk oleh Nawawi. Kemudia dia didokong oleh Ketua bahagian. Saya pun terlibat sama. Waktu saya mendokong dan menyokongnya saya tidak begitu mengenali beliau. Inilah masalahnya bila main "endorse-endorse" dan akibatnya kita mendapat pemimpin yang tak tahu memimpin- tidak bervisi, tidak bermisi tetapi terlalu self-centred and ego-centric.

Dia lebih mengikut arahan TKB Nawawi dari Salamon.

Saya tidak akan lupa satu waktu dimana dia berdiam diri main selamat. Waktu itu isu perlantikan ahli majlis. 5 orang ahli pengurusan membantah perlantikan Shahrin Ahmad (Manan, Shamsuddin, Niswati, Jumaiah dan saya). Saya minta status quo iaitu Jumaiah dikekalkan. Rahim buat "dunno" atau buat dek sahaja. Dia telah dilantik oleh KB. Tempatnya sudah selamat. Sepatah haram pun dia tidak bercakap. Mulutnya terkunci rapat.

Orang yang main selamat dan tidak berani mengambil risiko tidak layak untuk jadi pemimpin. Rahim Mat Shah Adalah slah seorang darinya.


sewaktu kursus am penerangan semasa kita melatih kumpulan sukarelawan untuk

Kenapa Ada Diskriminasi Imbuhan Pilihanraya

Saya pun naik pelik dengan gelagat pemimpin yang bertanggungjawab mengagihkan peruntukan pilihanraya. Ada yang dapat banyak, ada yang dapat sedikit iaitu didiskriminsikan.

Saya bukan buat tuduhan melulu. Seorang sahabat saya ketua satu cawangan dapat sampai RM2,200 jumlahnya (tidak termasuk peruntukan rm3.50 satu pengundi). Ada 3 orang ketua cawangan yang juga sahabat saya dapat rm1,200. Ada seorang lagi ketua cawangan dapat 800. Mereka ini semua berjawatan Pengarah Pusat Daerah Mengundi (PDM)

Yang paling sedih ialah sahabat saya Hj Shamsuddin Hashim, mantan Setiausaha UMNO Bahagian yang cuma dapat rm200.00 (dua ratus, ya, dua ratus... bukan dua ribu). Dia pun Pengarah PDM (SK Seksyen 18) juga.

Semasa malam akhir sebelum mengundi dia jamu Dato Aziz Shamsuddin yang melawat bilik gerakannya makan biskut mayat. Dia beritahu Dato Aziz tak mampu nak sediakan lebih dari itu sebab dapat peruntukan cuma dua ratus ringgit sahaja. Dato Aziz yang mungkin simpati dengan nasib Hj Shamsuddin hulurkan sedikit peruntukan padanya.

Dzulkarnain yang jadi wakil calon tersipu-sipu dengar luahan dan keluahan (atau aduan dan komplen) tersebut. Dia kata akan hantar serahan dan betulkan perkara tersebut. Sehingga kini tidak tinggal macam itu sahaja. Pilihanraya dah berlalu, kalah pula tuu... Kalau kita tanya Sdra Dzulkarnain agak-agak apa dia nak jawab yaaa??

Kenapa diskriminasi macam ni boleh berlaku?. Kadangkala pemimpin UMNO kita anggap ahli UMNO lain yang tak seulu dengannya lebih teruk dari penyokong parti pembangkang.

Inilah budaya UMNO yang perlu ditukarkan diShah Alam. Budaya tiga pergi, tiga puloh mari sudah berlalu. Inilah budaya yang menghancurkan UMNO dalam PRU12 diShah Alam. Budaya ini mesti dikikis dan dihakis hingga keakar umbinya.

Kepimpinan cawangan yang menjadi perwakilan bertanggungjawab mengubah budaya ini.

Penilaian Kepimpinan Kanan UMNO Shah Alam - Dzulkarnain Md Ruslan, Naib Ketua UMNO Bahagian

Marilah kita menilai sedikit peranan dan sumbangan yang telah dimainkan oleh barisan kepimpinan kanan dalam sesi 2004 hingga 2008. Apakah yang mereka lakukan selama hampir lima tahun memegang jawatan.

Kita mulakan dengan Dzulkarnain Md Roslan, Naib Ketua UMNO Bahagian. Selain menjadi naib ketua beliau juga Pengerusi Biro Usahawan.

Jadi kita ingin bertanya program apakah yang dia sudah buah untuk usahawan dan peniaga Melayu terutama dari kalangan ahli UMNO. Bila saya tanya rakan-rakan yang menjadi usahawan atau peniaga kecil mereka geleng kepala tak tahu.

Malah mereka bertanya pula, "Adakah biro itu?"

Tahukah Sdra Dzulkarnain berapa ramai peniaga Melayu dalam Shah Alam? Pernahkah dia buat bancian atau tinjauan. Berapa ramai yang berniaga makanan digerai kecil atau mengusahan restoran?

Berapa ramai yang menjadi kontraktor kelas F hinggalah ke kelas A? Berapa ramai yang mengusaha bengkel? Kedai runcit? Kedai pakaian? dll??? Adakah dia mengambil tahu pembiayaan Tekun atau dana-dana yang ada untuk usahawan bumiputra.

Ataupun sebenarnya beliau tidak berkeupayaan untuk memikirkan itu semua kera kekangan dan batasan pengetahuan serta pengalaman yang dimilikinya. Lebih teruk dari itu tujuan utama beliau memegang jawatan kanan dalam UMNO bahagian kerana kepentingan kedudukan ekonominya. Dari apa yang dimaklumkan beliau mempunyai beberapa kontrak dengan PBT tertentu yang diperolehi dengan kedudukannya sebagai ahli majlis dan sokongan EXCO Selangor dahulu.

Mungkin berapa ramai yang jadi kontraktor diMBSA atau MPSJ dia tahulah. Sebabnya dia juga salah seorang ahli majlis dan kontraktor disitu yang dapat projek samada secara langsung atau tidak langsung. Lagipun dia menjadi penyelaras agihan projek wakil rakyat dan PBT masa UMNO memerintah dahulu.

Teliti punya teliti saya kurang pasti apa peranannya dan sumbangannya selama menjadi Naib Ketua UMNO Bahagian selama hampir lima tahun. Bagi saya dia hanya mengisi dan memanaskan kerusi tersebut kerana ditunjuk oleh Ahmad Nawawi.

Saya bukan ingin memperkecilkan beliau. Tetapi memang sebenarnya puas saya buka mata luas-luas cari apa sumbangannya yang boleh dibanggakan tetapi tak jumpa.

Inilah masalahnya bila naik melompat dari naib ketua pemuda terus naib ketua bahagian kerana pendokong dan penyokong utamanya waktu itu adalah EXCO kerajaan Selangor yang digeruni oleh Ketua bahagian sendiri. Terpaksalah Ketua Bahagian telan kemahuan Timbalannya dalam pemilihan 2004 sekalipun ada pemimpin lama yang lebih layak dan kanan tetapi terpaksa diketepikan.

Adalah malang bagi UMNO Shah Alam jika Dzulkarnain diberi kenaikan pangkat Timbalan Ketua oleh Nawawi dalam barisannya yang sedang diwarwarkan. Malah jika dia ingin mempertahankan jawatan Naib Ketua Bahagian pun ianya tidak akan mampu mengubah keadaan UMNO Bahagian. Jika dia berwibawa sudah tentu banyak yang dapat dilakukannya sepanjang lebih empat tahun dia menjadi naib Ketua.

Amatlah penting perwakilan UMNO Cawangan memikirkan perkara ini bila membuat pemilihan pada bulan Oktober 2008 nanti.

Monday, April 07, 2008

Perubahan Kepimpinan UMNO Bahagian

Dari sumber yang boleh dipercayai Salamon Selamat telah memaklumkan hasratnya untuk melepaskan jawatan Ketua UMNO Bahagian Shah Alam dalam pemilihan bahagian tahun ini.

Dia telah memberitahu Timbalannya Ahmad Nawawi untuk bersedia mengambil alih kepimpinan. Lebih dari itu beliau juga meminta supaya bersedia untuk menghadapi pertandingan dalam pemilihan tersebut.

Sebaik mendapat petunjuk tersebut Nawawi telah mula mengadakan sesi pertemuan dengan kepimpinan cawangan. Ketua-ketua cawangan telah mula didekati.

Seorang sahabat saya yang juga seorang ketua cawangan telah ditemui dan menyatakan ingin meminta pertolongan. Sahabat saya berkata dia hairan sekali kerana baru inilah Nawawi menyapa untuk meminta pertolongannya. Dulu masa dia jadi wakil rakyat dan EXCO sahabat saya berjumpa Nawawi mahu dapatkan bantuan tetapi tidak dilayan.

Inilah yang dikatakan adat dan resam dunia. Masa berkuasa dan berada diatas kita lupa pada tanah dibumi sana. Hanya bila kita jatuh berdebuk baru kita tahu rupa-rupanya da makhluk lain melata diatas bumi.