Komen UBSA

Memuatkan berita semasa UMNO Bahagian Shah Alam untuk ahli-ahli yang peka dan ingin tahu perkembangannya terutama pandangan mengenai kepimpinan dan arahtujunya. E-Mail komen: komenubsa@yahoo.com

Friday, April 11, 2008

Penilaian Kepimpinan Kanan UMNO Shah Alam - Dzulkarnain Md Ruslan, Naib Ketua UMNO Bahagian

Marilah kita menilai sedikit peranan dan sumbangan yang telah dimainkan oleh barisan kepimpinan kanan dalam sesi 2004 hingga 2008. Apakah yang mereka lakukan selama hampir lima tahun memegang jawatan.

Kita mulakan dengan Dzulkarnain Md Roslan, Naib Ketua UMNO Bahagian. Selain menjadi naib ketua beliau juga Pengerusi Biro Usahawan.

Jadi kita ingin bertanya program apakah yang dia sudah buah untuk usahawan dan peniaga Melayu terutama dari kalangan ahli UMNO. Bila saya tanya rakan-rakan yang menjadi usahawan atau peniaga kecil mereka geleng kepala tak tahu.

Malah mereka bertanya pula, "Adakah biro itu?"

Tahukah Sdra Dzulkarnain berapa ramai peniaga Melayu dalam Shah Alam? Pernahkah dia buat bancian atau tinjauan. Berapa ramai yang berniaga makanan digerai kecil atau mengusahan restoran?

Berapa ramai yang menjadi kontraktor kelas F hinggalah ke kelas A? Berapa ramai yang mengusaha bengkel? Kedai runcit? Kedai pakaian? dll??? Adakah dia mengambil tahu pembiayaan Tekun atau dana-dana yang ada untuk usahawan bumiputra.

Ataupun sebenarnya beliau tidak berkeupayaan untuk memikirkan itu semua kera kekangan dan batasan pengetahuan serta pengalaman yang dimilikinya. Lebih teruk dari itu tujuan utama beliau memegang jawatan kanan dalam UMNO bahagian kerana kepentingan kedudukan ekonominya. Dari apa yang dimaklumkan beliau mempunyai beberapa kontrak dengan PBT tertentu yang diperolehi dengan kedudukannya sebagai ahli majlis dan sokongan EXCO Selangor dahulu.

Mungkin berapa ramai yang jadi kontraktor diMBSA atau MPSJ dia tahulah. Sebabnya dia juga salah seorang ahli majlis dan kontraktor disitu yang dapat projek samada secara langsung atau tidak langsung. Lagipun dia menjadi penyelaras agihan projek wakil rakyat dan PBT masa UMNO memerintah dahulu.

Teliti punya teliti saya kurang pasti apa peranannya dan sumbangannya selama menjadi Naib Ketua UMNO Bahagian selama hampir lima tahun. Bagi saya dia hanya mengisi dan memanaskan kerusi tersebut kerana ditunjuk oleh Ahmad Nawawi.

Saya bukan ingin memperkecilkan beliau. Tetapi memang sebenarnya puas saya buka mata luas-luas cari apa sumbangannya yang boleh dibanggakan tetapi tak jumpa.

Inilah masalahnya bila naik melompat dari naib ketua pemuda terus naib ketua bahagian kerana pendokong dan penyokong utamanya waktu itu adalah EXCO kerajaan Selangor yang digeruni oleh Ketua bahagian sendiri. Terpaksalah Ketua Bahagian telan kemahuan Timbalannya dalam pemilihan 2004 sekalipun ada pemimpin lama yang lebih layak dan kanan tetapi terpaksa diketepikan.

Adalah malang bagi UMNO Shah Alam jika Dzulkarnain diberi kenaikan pangkat Timbalan Ketua oleh Nawawi dalam barisannya yang sedang diwarwarkan. Malah jika dia ingin mempertahankan jawatan Naib Ketua Bahagian pun ianya tidak akan mampu mengubah keadaan UMNO Bahagian. Jika dia berwibawa sudah tentu banyak yang dapat dilakukannya sepanjang lebih empat tahun dia menjadi naib Ketua.

Amatlah penting perwakilan UMNO Cawangan memikirkan perkara ini bila membuat pemilihan pada bulan Oktober 2008 nanti.