Komen UBSA

Memuatkan berita semasa UMNO Bahagian Shah Alam untuk ahli-ahli yang peka dan ingin tahu perkembangannya terutama pandangan mengenai kepimpinan dan arahtujunya. E-Mail komen: komenubsa@yahoo.com

Saturday, June 14, 2008

Kenapa Perubahan Kepimpinan UMNO Shah Alam Perlu Dilakukan?

UMNO Shah Alam dalam keadaan tenat. Perkara ini diakui sendiri oleh ramai kepimpinan dan ahli-ahli akar umbi. Ianya selari dengan apa yang berlaku dikebanyakan kawasan UMNO seluroh negara terutama dalam negeri yang jatuh ke tangan parti lawan.

Menidakkan kenyataan ini dengan mengatakan UMNO Shah Alam masih tetap kukuh dan mantap adalah satu "self-fulfilling prophecy" atau syok sendiri sahaja.

Tetapi inilah hakikat yang berlaku. Kepimpinan UMNO Shah Alam yang ada hari ini ataupun yang ditunjuk oleh Ketua UMNO Bahagian sebagai penggantinya masih dalam keadaan berkhayal serta syok sendiri. Seolah-olah tidak ada apa yang berlaku. Seolah-olah semuanya masih biasa atau "normal" bagi mereka walhal hakikatnya sudah jauh dari itu.

Program pengukukan, memantapkan dan menyatupadukan ahli-ahli yang ada tidak dilakukan. Ahli-ahli yang masih dalam keadaan duka dan kecewa dengan keputusan PRU masih lagi dibiarkan dalam keadaan "hilang arah" dan terpinga-pinga. Program turun padang kePDM yang dibuat oleh pimpinan bahagian bukan sahaja sekadar melepaskan batuk ditangga malah menuding jari kepada faktor-faktor luaran yang menyebabkan kekalahan. Faktor-faktor dalaman yang menjadi lebih utama menyebabkan kekalahan tidak diakui dan cuba disembunyikan.

Pendeknya kepimpinan UMNO Shah Alam sekarang tidak mempunyai keberanian atau "courage" menyatakan secara terbuka kesilapan yang mereka lakukan. Mereka berdolak-dalik dan menindakkan punca sebenar kekalahan. Kelemahan mereka sebagai wakil rakyat yang berkuasa, pentadbiran pilihanraya yang terlalu "over-confident", gerak-kerja yang lemah menyebabkan mobilisasi massa yang teruk, pembahagian imbuhan dan peruntukan kerja yang tidak seimbang dan diskriminasi serta lain-lain semuanya tidak diambil kira. Mereka tidak berani (courage) berhadapan dengan kenyataan padahal "courage" adalah sifat utama seorang pemimpin.

Mereka adalah pemimpin yang lebih banyak beretorik tapi dengan aksi kosong. "Talk without deeds and courage are cheap". Layakkah mereka macam ini terus dibiarkan menjadi pemimpin?

Kepimpinan Salamon Dan Nawawi Bercelaru

Perkara diatas berlaku kerana kepimpinan Salamon yang melebihi 15 tahun dan dibantu oleh Nawawi semakin bercelaru. Mereka hilang fokus dan tumpuan. Mereka mementingkan yang remeh dan tidak mementingkan yang penting. "They focus on the wrong things". Mereka lebih gemar menguruskan hal pentadbiran dan peribadi dari hal ahli dan rakyat. "Rapport" mereka dengan rakyat terhakis dengan begitu banyak. Mereka terlalu menjadi "inward" looking. Terbawa-bawa dengan rasa "kekebalan" dan tidak pernah terfikir langsung dibenak mereka bahawa mereka dan BN boleh kalah.

PRU 12 menampakkan mereka hilang kawalan (control) secara "total" dan nyata. Sebahagian besar AJK bahagian menindakkan keputusan pemilihan calon parlimen oleh kepimpinan parti. Mereka membuat protes secara terbuka. Terpampang dalam media masssa nasional. Ada pula yang melakukan perkara yang tidak wajar dilakukan oleh ahli parti dan apa lagi oleh seorang AJK.

Salamon dan Nawawi mengatakan mereka hilang kawalan keatas AJK. Bagaimana ini boleh berlaku. Takkanlah mereka tidak boleh mengawal anak buah mereka sendiri. Mengenakan tindakan dan peraturan jika perlu. Dalam peperangan seseorang askar yang lari atau "desert" pasukannya akan menjalani hukuman tembak oleh "firing squad". Mereka yang melakukan protes gila secara terangan dibiarakan begitu sahaja.

Apakah mereka ini mempunyai kaliber dan karisma sebagai pemimpin? Apakah setiap AJK yang melanggar disiplin parti layak dipanggil pemimpin dan dipilih lagi sebagai pemimpin? Inilah persoalan yang kita perlu jawab.

Sunday, June 01, 2008

Reaksi Salamon Memeranjatkan

Seorang kawan yang menjadi Ketua UMNO sebuah cawangan agak terperanjat dan hairan dengan reaksi Salamon bila saya sampaikan cerita "Nawawi kuat, Nawawi kaya" padanya.

"Jika Nawawi benar-benar kuat apalah yang Salamon nak takutkan. Nawawi tentunya boleh menang besar dengan sokongan dari Salamon sendiri". katanya.

"Saya fikir mesti ada perkara lain yang menyebabkan dia menyuruh Raja Taharudin jangan bertanding. Saya nampak cara dia memberi tekanan tersebut seolah-olah bagaikan ada benda yang nak disembunyikan" dia menambah.

Saya tidak pernah terfikir perkara sebegitu sebelum ini. Kata-katanya membuatkan saya berfikir panjang. Mungkin ada benda yang Salamon tidak mahu terbongkar jika Raja Taharudin mengambil alih UMNO bahagian. Saya tidak tahu apa bendanya. Hanya boleh spekulasi sahaja.

Mungkin dia risau dengan hutang UMNO Bahagian. Mungkin dia risau jika Raja Taha dan pasukannya akan korek maklumat kewangan bangunan yang tidak pernah dibentangkan bertahun-tahun sebelum ini. Mungkin.

Kawan saya menambah lagi, "Pertandingan memilih pucuk kepimpinan adalah satu perkara yang biasa dan amalan demokrasi dalam UMNO. Pada fikiran saya pertandingan adalah satu proses yang baik kerana ianya memberikan pilihan kepada ahli untuk membuat penilaian. Lagipun ianya akan memantapkan dan menguatkan sesiapa sahaja yang melalui proses pertandingan. Yang menang akan lebih berhati-hati kerana ada "check and balance"".

Betul juga katanya. Setiap calon akan berfikir dengan mendalam tentang agenda dan misi yang ingin dibawanya. Tidaklah lagi akan berlaku kes "letak tunggul pun boleh menang" seperti yang selalu diperkatakan mengenai calon Barisan Nasional sebelum PRU 12.

Nawawi tidak pernah menghadapi pertandingan pemilihan sehebat yang akan dihadapinya sebelum ini. Masa nak jadi ketua pemuda dia didokong oleh semua pemimpin bahagian. masa jadi timbalan ketua bahagian dia tidak pernah bertanding. Jadi pertandingan kali ini akan menjadi ujian kepadanya.

Kalau dalam pertandingan lepas Hj Shamsudin, Dato Manan dan saya (3 mantan Setiausaha, Bendahari dan Ketua Penerangan) menyokong Salamon dan isterinya Niswaty, kali ini kami berada dikumpulan pembaharuan yang lain.

Jadi yang sebenarnya kali ini juga akan merupakan cabaran yang hebat kepada Salamon Selamat yang selepas ini juga akan menjadi mantan Ketua UMNO Bahagian Shah Alam.

Semua ini adalah satu proses yang biasa atau "neutral". Tidak ada apa yang perlu dirisaukan seperti yang dirisaukan oleh Salamon.

Friday, May 30, 2008

Raja Taharudin Bertanding Ketua UMNO Bahagian

Sah YM Raja Taharudin Raja Nongchik akan bertanding Ketua UMNO Bahagian Shah Alam.

Beliau mengumumkan menawarkan diri dihadapan AJK Bahagian, Ketua-Ketua cawangan dan kepimpinan Pemuda yang hadir pada hari Rabu malam 28 Mei dirumahnya diBukit Jelutong.

Dalam ucapan penawaran dirinya beliau menyatakan bahawa beliau rasa terpanggil untuk mengukuhkan kembali keutuhan UMNO Bahagian yang seolah-oleh hilang pedoman apabila tewas dalam PRU 12 baru-baru ini.

Beliau malu melihat bagaimana Melayu dan UMNO diperlekehkan oleh kelompok tertentu yang terus menghentam raja danbangsa Melayu. Beliau mengajak rakan-rakan yang ada untuk mengembalikan UMNO kelandsan perjuangannya kembali dan menebus maruah bangsa Melayu yang kian terhakis. "Jika perlu saya sanggup berjuang ketitisan daraha yang akhir", katanya penuh semangat.

Dalam majlis yang sama beliau mengumumkan rakan-rakan barisan utama pasukannya iatu Sdra Jeffri Ahmad (Timbalan Ketua) dan Tuan Hj. Md. Taib Mat (Naib Ketua).

Ini adalah barisan muktamad yang akan menawarkan diri kepada ahli-ahli cawangan UMO semasa persidangan UMNO Cawangan yang akan berlangsung pada bulan Julai ini dan pemilihan bahagian pada bulan Oktober nanti.

Beberapa ketua cawangan dan ketua pemuda menyatakan mereka terpegun dan kagum dengan ucapan yang dibuat oleh Raja Taharuddin dan menyifatkannya ucapan ikhlas yang terbit dari seorang pejuang .

"Nawawi Itu Kuat. Nawawi itu Kaya" Kata Salamon

Raja Taharudin beritahu dia terima panggilan dari Dato Salamon.

"Betulkah you nak bertanding ketua bahagian? Tanya Salamon dengan nada agak tinggi.

"Betul." jawab Raja Taha

"Kenapa you nak bertanding? Adakah you dipujuk oleh Taib Mat? Buat apa you nak ikut cakap dia" Soal Salamon.

"Dato, saya terpanggil untuk bertanding kerana melihat keadaan UMNO yang teruk dan kucar-kacir. Saya rela hati menawarkan diri saya. Jawatan itu kosong dan Dato sendiri nak mengundur diri. Tidak ada sesiapa pun yang paksa saya", balas Raja Taha.

Salamon terdiam sejenak.

"Tak payahlah bertanding. You kalah. Buang masa you sahaja. Nawawi itu kuat."kata Salamon

"Kalau Nawawi itu kuat mengapa dia boleh kalah pilihanraya. Dia wakil rakyat. Dia seorang EXCO. Kalau betul-betul kuat dia tidak akan kalah pilihanraya. Buat apa kuat dalam UMNO sahaja kalau kalah pilihanraya? Tanya Raja Taha pula.

Salamon terdiam lagi.

"Nawawi kuat. Saya akan bagi dia "full support". Saya dah dua puloh tahun jadi pemimpin bahagian ini. Saya ada ramai pengikut. Saya kenal ramai orang". kata Salamon.

"Saya minta Dato adil. Biarlah ahli-ahli UMNO buat penilaian. Dulu saya banyak bagi sokongan pada Dato. Kali ini Dato bagilah pula sokongan pada saya. "balas Raja Taha.

Salamon terdiam.

"Tak boleh. Saya akan beri sokongan pada Nawawi. Dia itu kaya dan banyak duit" sambung Salamon.

"Dia kaya ke? Kaya macam mana Dato?" Tanya Raja Taha. "Kalau dia kaya saya minta dia dan saya sama-sama umumkan pemilikan harta yang kami ada. Saya nak tahu dari mana dia dapat harta kekayaannya. Dato tahu saya cari duit dengan cara saya sendiri, bukan melalui politik atau UMNO. Tidak ada seinci tanah pun saya dapat dari UMNO. Saya pun ramai kawan-kawan yang akan tolong saya", sambungnya lagi

Salamon terdiam lagi.

Perbualan tamat disitu.

Sunday, May 11, 2008

Jika Benar Ody

Saya dimakumkan bahawa dengan pengunduran Salamon (ketua Bahagian) dan isterinya Niswati (Ketua Wanita), Nawawi telah diminta untuk menyusun barisannya.

Maka al-kisah Nawawi yang begitu teruja dengan pengunduran Salamon pun terus menyusun barisan utama sayap pergerakannya. Dikatakan Azhari Shaari calon Ketua Pemuda dan Radziah Ahmad (Ody) sebagai calon ketua wanitanya.

Jika benar Ody dipilih oleh Nawawi sebagai calon ketua wanitanya maka ianya amatlah bertepatan dengan kriteria pemilihan pemimpin yang saya perkatakan dalam 3 bahagian sebelum ini. Pemilihan Nawawi agaknya berdasarkan kepada kriteria-kriteria tersebut.

Beliau meletakkan kelayakan akademi dan kedudukan ekonomi ditempat yang paling akhir seperti yang dinyatakan dalam tinjauan tersebut.

Jika diteliti Ody bukanlah memiliki tahap kelayakan akademik yang tinggi. Jika nak dibandingkan dengan Niswati jauh sekali bezanya.

Dari segi kedudukan ekonomi pula, kedudukan ekonomi Ody cukup untuk kehidupan keluarga. Jika nak dibanding kedudukan ekonomi Azhari calon ketua Pemuda dan Ody tentulah jauh bezanya.

Rumusannya, kedudukan ekonomi dan pemilikan wang bukan kriteria utama. Wang boleh dicari jika ada jawatan dan bijak sedikit. Ini terbukti dengan kedudukan Nawawi sendiri.

Saturday, May 10, 2008

SMS Hashim & "Bodohnya Pemimpin Aku"

Sambil bersantai disalah sebuah café diSeksyen 18 Shah Alam menikmati secawan kopi saya menerima satu pesanan ringkas mengingati hari ulang tahun UMNO yang ke 62. Pesanan dari seorang ahli UMNO bernama Hashim dari Bkt Jelutong.

Begini bunyinya:

“Assalamualaikum. Bukan 50, bukan 500 tahun, bukan 5000 tahun Melayu bernaung di tanah bertuah ini. Yang datang berdagang, yang datang bertandang, malah yang datang menumpang diterimanya dengan harmoni di bumi ini.

Bangsa Melayu mulia kerana memuliakan agama. Bangsa ini bangsa yang taat kerana maruah dirinya adalah amanat. Bangsa ini bangsa yang ikhlas bersahabat selagi rakan menjunjung daulat.

Tetapi sejarah menyaksikan bahawa bangsa ini takkan pernah berundur jika ada yang khianat mencabar dan mencemar maruah agama dan daulat. Tanah ini adalah pusakanya. Tiadalah yang lebih mulia dari mencintai dan mempertahankan warisan ibunda tercinta.

Selamat ulang tahun UMNO yang ke 62. Salam perjuangan”.

Bahasa yang indah tersusun. Membuatkan saya teruja dan berharap biarlah begitu hakikatnya. Tetapi benarkah begitu jika UMNO hari ini ketandusan pemimpin yang benar-benar menghayati jiwa perjuangan. Menghayati bahawa maruah bangsa dan agamanya adalah amanah pada dirinya.

Itulah yang membuatkan saya tidak keruan. Mengharapkan agar ada mereka yang benar-benar menjiwai perjuangan memartabatkan maruah bangsa dan agama. Mengharapkan cucu dan cicit serta zuriat saya yang seterusnya dapat terus bernaung dibumi yang "tuahnya’ berkekalan.

Pada siapalah harapan ini harus saya sandarkan. Pada segelintir pemimpin yang kini budayanya laksana perompak dan lanun, mengikis amanah secara halus, menghakis sedikit kuasa bangsa yang ada kerana gelojoh dan tamak halobanya. Menjual tanah sekangkang kera.

Dalam songkok UMNO, slogannya “Hidup Melayu”. Dalam topi wakil rakyat bersekongkol dengan yang lain slogannya berubah menjadi “Hidup Aku”. Maka berubahlah Bukit Jelutong, SP Setia, Kayangan Heights, Sunway dan bermacam lagi gugusan elitas yang tidak aku ketahui namanya. Maka akan adakah lagi Shah Alam Bandaraya Melayu Bestari jika ini berterusan.

Tidakkah Nawawi dan Salamon memahami ini semua???

”Ah, betapa bodohnya pemimpin aku. Pemimpin Melayu”. Pernah aku bersuara dalam satu forum yang mereka ini biasa ketahui.

Wajarkah mereka ini aku panggil pemimpin? Aku tidak punyai jawapannya!

Memilih Pemimpin UMNO Bahagian - Bhg 3

6. Keupayaan (Kemahiran, Pengalaman, Ilmu) untuk memimpin
dan mengurus (#8)

Mereka yang ditinjau berpendapat seseorang pemimpin mestilah mempunyai keupayaan untuk memimpin dan mengurus dengan baik. Pengalaman dan kemahiran yang ada dapat membantu mereka.


7. Mempunyai Kelayakan Akademik yang Baik (#2)
Kelayakan akademik sekalipun penting diletakkan sebagai kriteria no. 7. Mereka yang memberikan pandadangan menyebut beberapa contoh pemimpin yang tidak mempunyai kelayakan akademik tinggi dapat memimpin bahagian dengan baik. Antara contoh yang diberikan termasuklah Allayarhan Dato Zin Sulaiman (bekas Ketua UMNO Shah Alam) dan Allahyarham Dato Zakaria Mat Derus (bekas Ketua UMNO Klang).

Ada pula yang memberikan contoh Dato Hormat Rafaei dan Dato Ahmad Razali bekas MB Selangor sebagai pemimpin yang tidak mempunyai latar belakang akademik tinggi tetapi menjadi pemimpin utama negeri.


8. Mesti Ada Wang dan Ekonomi Yang Kukuh (#1)
Ini adalah kriteria memilih pemimpin yang amat unik. Dari sebutan kriteria pertama secara spontan tentang kepentingan wang dan kedudukan ekonomi ianya menjadi kriteria yang terakhir dalam tinjauan tersebut.

Walaupun wang dan kedudukan ekonomi seseorang itu penting namun ianya adalah kriteria paling bawah. Mereka juga memberikan beberapa contoh yang unik.

Allayarham Dato Zin dan Dato Zakaria Mat Derus disebut sebagai contoh. Latar belakang dan kerjaya mereka yang tidak mempunyai kedudukan ekonomi yang kukuh sebelum menjawat jawatan pemimpin bahagian dan wakil rakyat dibuat contoh. Jawatan parti mengubah kehidupan dan kedudukan ekonomi mereka.

Mereka juga turut memberikan contoh Nawawi sendiri. Mereka menyatakan secara spesifik rumah yang diduduki oleh Nawawi dan kereta yang dipakainya sebelum menjadi wakil rakyat. Ianya jauh berbeza dengan rumah dan kereta yang dimilikinya sekarang. Pada pandangan mereka jawatan wakil rakyat dan EXCO kerajaan negeri mengubah status dan kedudukan ekonomi Nawawi.

Jadi kriteria samada seseorang itu berwang atau kukuh ekonominya tidak wajar dijadikan kriteria dan pertimbangan utama dalam memilih pemimpin bahagian, kata mereka.


Nsevccc

Memilih Pemimpin UMNO Bahagian - Bhg 2

Sambungan ... Kriteria memilih Pemimpin:

3. Berwawasan dan mempunyai halatuju yang jelas (#5)

Pemimpin diibaratkan seperi kepala seekor ular atau keretapi. Halatuju mestilah jelas. Dia mempunyai visi dan misi yang jelas. Tahu apa yang perlu dilakukan. Jika kita beranggapan dia ada wawasan sebab dia pernah jadi wakil rakyat dan ada gelaran pula, kita mungkin tersilap besar. Jika dia punyai wawasan untuk rakyat payah rakyat nak tolak. Masalah yang timbul sekarang kerana wawasan wakil rakyatnya adalah untuk dirinya dan bukan untuk rakyat atau ahli UMNO.

Cuba kita tanya dia, kenapa beria-ria sangat nak peggang jawatan bahagian? Kita tak pasti jawapan yang akan diberikannya. Payah dia nak jawab.

Kalau dia kata dia nak kukuhkan UMNO dan jaga kepentingan Melayu kenapa selama ini ( 3 dan 2 penggal) dia tak jaga kepentingan ahli UMNO dan Melayu. Jika dia pegang Biro Ekonomi apakah program yang dia buat selama ini? Jika dia pegang Biro usahawan tahukah dia berapa ramai orang Melayu, orang UMNO yang berkecimpung dalam perniagaan sebagai usahawan? Apakah program yang dia dah buat?

Susah dia nak jawab. Jika peringkat biro pun dia tidak ada wawasan, adakah pula dia mempunyai wawasan dan hala tuju untuk bahagian.

4. Berkesanggupan memberi masa untuk memberi tumpuan kerja parti (#6)
Ahli-ahli yang ditanya berpendapat kesanggupan memberi masa untuk menumpukan kerja-kerja parti ini penting. Tambah pula dalam keadaan sekarang dimana UMNO perlu dikukuhkan semua dan kerja-kerja penyatuan (consolidation) perlu dibuat . Ianya perlu dilakukan secara "hands-on" bukan dengan cakap-cakap retorik sahaja. "Blueprint" demi "blueprint" yang dirangka pada tahun 1993 kini sudah tidak relevan lagi.

Retorik "blueprint" yang hanya baik dalam ucapan dan atas kertas tetapi tidak dapat diterjemahkan kedalam realiti seperti yang berlaku hanyalah untuk syok sendiri pada pemimpin tertentu.

Sebenarnya jika kita lihat apa yang berlaku sekarang walaupun kedua-dua pemimpin utama bahagian sekarang adalah ahli politik sepenuh masa namun keutamaan mereka bukan pada UMNO atau pengundi. Mereka lebih sibuk kononya dengan hal-hal "pentadbiran" hingga lupa pada pengundi dan ahli akar umbi. Itulah faktor utama kenapa mereka terlingkup kepada calon parti lawan yang tidak ada apa-apa.

Kerana terlampau sombong dan "over-confident" dengan imej mereka, mereka tidak buat profail seperti yang ditaburkan oleh calon parti pembangkang. Pengundi lebih mengenali calon-calon parti lawan yang baru turun hanya masa berkempen sahaja walaupun wakil rakyat dan pemimimpin ini sudah bertapak diantara 8 hingga 15 tahun. Hakikat kekalahan ini masih mereka cuba putarbelitkan iaitu menyalahi pengundi yang tidak kenang jasa dan berubah "mood".



5. Memiliki personaliti baik - ikhlas, tidak sombong, boleh ditegur (#4)
Semua yang ditanya rata-rata mengatakan personaliti baik sebagai kriteria ke empat. Tetapi ini amatlah subjektif. Belum pegang jawatan kita nampak dia tidak sombong. Lepas pegang jawatan nak jumpa pun payah. Salam pun sambil memandang tempat lain. Ada pula pemimpin yang saya kenal bila dah dapat jawatan tegur kita pun tak hendak. Macam dah tak kenal.

Ada pula dahulunya merenah diri, bila dah jadi pemimpin dan bergelar YB mahu orang hormat padanya. Kalau ke majlis mesti ada juruiring. Lebih ramai, lebih banyak kereta lebih baik. Sebab itu agaknya dalam UMNO bahagian ada satu unit trafik yang diketuai oleh Ketua Pemuda. Tak tahulah saya unit ini ada lagi atau tidak sebab ketua dan timbalan dah bukan wakil rakyat.

Hari Lahir UMNO & Memilih Pemimpin UMNO - Bhg 1

Hari ini 11hb Mei adalah hari lahir UMNO. Pesanan ringkas (sms) yang saya terima dari seorang rakan saya yang jiwa raganya adalah UMNO mengingatkan saya pada hari lahir UMNO. Saya petikan semula "sms"nya untuk renungan bersama.

"Alhamdulillah. Apakah 11hb Mei 1946 mampu menjadi tarikh keramat lahirnya UMNO. Hari ini kita sambut dengan kuasa yang tidak lagi cukup kekuatannya. UMNO yang kuat perlukan pemimpin yang kuat disemua peringkat. Bila kepimpinan UMNO dikuasai dengan pemimpin-pemimpin Melayu cetak rompak, jangan salahkan UMNO. UMNO lahir kerana kehebatan pemimpin-pemimpin Melayu terdahulu. Kini UMNO menuju kehancuran kerana pemimpin-pemimpin Melayu sekarang. Teruskan perjuangan walaupun dengan tangisan air mata rakyat".

Ini membuatkan saya teringat pada pemilihan pimpinan UMNO tahun ini. Bermula pertengahan bulan Julai ini persidangan cawangan akan bermula. Jika persidangan tahun lalu sunyi sepi kerana persediaan menghadapi PRU 12, kali ini situasi akan bertukar menjadi lebih amat hangat. Riuh rendahh dan hirok pikoknya sudah mula terasa.

Kali ini setiap cawangan akan memilih pemimpinnya. Pemimpin akar umbi yang akan menentukan pimpinan bahagian dan Majlis Tertinggi.

Lebih penting dan genting lagi tahun ini adalah waktu memilih pemimpin bahagian setelah ditangguhkan sejak tahun lepas (2007). Pastinya kali ini pemilihan kali ini menjadi lebih panas akibat senario kekalahan yang berlaku dalam PRU 12. UMNO Bahagian Shah Alam juga tidak terlepas. Kedua-dua pemimpin teratas UMNO Bahagian kecundang dalam pilihanraya setelah masing-masing menjadi wakil rakyat 3 dan 2 penggal. Jika rakyat menolak mereka dipeti undi, apakah ahli-ahli UMNO melihat mereka masih relevan untuk memimpin UMNO bahagian Shah Alam?

Senario Pemilihan Berubah
Pemilihan bahagian yang lepas-lepas biasanya amat mudah. Petunjuk utama sudah tersedia ada. Ukuran dan kriteria utama ialah kedudukan mereka sebagai wakil rakyat. Jawatan wakil rakyat menjadi sebab pilihan utama bagi ahli-ahli akar umbi.

Secara umumnya jika pucuk pimpinan parti memilih seseorang untuk menjadi calon wakil rakyat dan menang pilihanraya kedudukannnya dalam peringkat bahagian juga ada. Seolah-olah ianya sudah ditunjuk sebagai pemimpin walaupun dia berkebolehan atau tidak. Jika orang atau pilih dia calon wakil rakyat, tentu dia boleh jadi pemimpin UMNO.

Tetapi kali ini senario itu sudah berubah. UMNO Shah Alam tidak ada wakil rakyat. Calon yang bertanding, dan mereka pula bekas wakil rakyat, TEWAS!!! Kredibiliti mereka sudah tercalar dan tercabar. Sebenarnya jika mereka tidak menjadi wakil rakyat, terutama Timbalan Ketua UMNO Bahagian sekarang yang tidak pernah bertanding jawatan parti (kecuali sewaktu jawatan ketua Pemuda yang didokong oleh semua JK UMNO Bahagian waktu itu), kewibawaannya tidak pernah dicabar. Tup, tup terus jadi wakil rakyat dari Ketua Pemuda.

Jadi apakah kriteria pemilihan pimpinan bahagian kali ini. pemimpin bagaimanakah yang mahu kita pilih?

Kriteria Apakah Menjadi Ukuran?
Pemimpin bagaimanakah yang diperlukan sekarang. Dalam sembang-sembang kedai kopi (kopitiam, cafe, coffeehouse dan gerai-gerai) saya bertanyakan soalan ini.

"Apakah kriteria pemimpin yang patut kita pilih?"

Jawapan yang saya terima berbagai-bagai seperti berikut yang tidak mengikut urutan kepentingan.



  1. Mesti ada wang dan ekonomi kukuh
  2. Mempunyai kelayakan akademi yang baik
  3. Meletak agenda parti lebih penting dari agenda diri
  4. Memiliki personaliti baik - ikhlas, tidak sombong, boleh ditegur
  5. Berwawasan dan mempunyai halatuju yang jelas
  6. Berkesanggupan memberi masa untuk memberi tumpuan kerja parti
  7. Cintakan kekukuhan parti dan semangat juang tinggi
  8. Keupayaan (Kemahiran, Pengalaman, Ilmu) untuk memimpin dan mengurus

Jawapan yang diberikan oleh kumpulan akar umbi ini tidak tersusun mengikut penting dan mustahak pada awalnya.

Agak-agaknya apakah jawapan pertama yang akan keluar dari mulut mereka (ramai yang saya tanya semasa buat tinjauan ini) ??

Jawapan yang keluar dari kebanyakan mulut mereka ialah sesiapa yang beraspirasi untuk menjadi pemimpin mestilah mempunyai wang yang banyak.

Huh, sebab itulah ramai yang nak jadi pemimpin UMNO Bahagian Shah Alam. Dapat peluang untuk jadi wakil rakyat, dapat peluang untuk jadi ahli majlis perbandaran, dapat peluang untuk berebut projek potong rumput atau cuci kawasan, dll. Semuanya sebab WANG. Wang dijadikan ukuran utama. Sebab leka dan asyik dengan wang (melombong projek sana sini) menyebabkan ahli akar umbi dan pengundi diabaikan hinggakan tertonggeng. Bila tertonggeng, masih salahkan pengundi kononnya sudah lupa pada jasa mereka. Jasa apa ????

Ini mengingatkan saya dalam pertemuan dengan PDM Seksyen 9 seorang ahli bertanyakan apakah agenda DEB pada pemimpin bahagian. Beliau mentakrifkan DEB sebagai "Dasar Ekonomi Balun dan Bolot". Huh, kacau !!!

Susunan Kriteria Memilih Pemimpin

Habis pusingan pertama (percambahan minda) saya minta mereka ambil masa dan fikir dengan dalam-dalam. Kriteria mana yang paling penting?

Jawapan yang saya perolehi seperti berikut:

  1. Cintakan kekukuhan parti dan semangat juang yang tinggi (7)

Inilah yang paling penting, kata mereka. tanpa semangat juang yang menuntut keberanian serta keterbukaan cintakan parti seperti masa menuntut kemerdekaan dahulu parti UMNO akan hancur. Jika asyik dengan agenda mahu jadi wakil rakyat untuk balun dan bolot apa yang ada, parti akan hancur. (Dari #7 sudah jadi #1).

Apakah kriteria kedua paling penting?

2. Meletak agenda parti lebih penting dari agenda sendiri (#3)

Agenda syok sendiri dan berangan-angan untuk jadi wakil rakyat sahaja supaya dapat balun buat duit mestilah diketepikan. Kita tidak mahu wakil rakyat kita miskin. tetapi jika asyik cari kekayaan dan meletakkan kepentingan parti sebagai sampingan seperti yang berlaku sekarang itu sudah tidak betul.

Sambungan ...... Memilih Pemimpin UMNO Bahagian - Bhg 2

Friday, May 09, 2008

Masih Tidak Sedar Diri

Seorang kawan saya yang juga ketua cawangan sambil menggeleng kepala menceritakan hal ini kepada saya.

"Mereka masih tidak sedar. Sudah kalah pun masih mempunyai ego yang tinggi,"katanya.

"Siapa?" tanya saya

"Inilah bekas wakil rakyat dan pemimpin bahagian kita," katanya lalu bercerita.

Katanya dia telah pergi kebeberapa sesi penerangan diPDM (Pusat Daerah Mengundi) yang dibuat oleh UMNO Bahagian bagi kononnya menerangkan sebab dan isu kekalahan pilihanraya.

Rata-rata apa yang dinyatakan oleh pemimpin bahagian ialah menyalahkan pengundi. Menyalahkan pengundi Cina dan pengundi India yang tidak menyokong BN. Menyalahkan orang Melayu dan ahli UMNO yang tidak menyokong. Menyesai bahawa pengundi sudah lupa jasa BN. Marahkan pengundi muda yang lupa sejarah dan tidak menykong BN.

Kata kawan saya lagi cerita dan retorik pemimpin bahagian sama dan senada disesi-sesi tersebut. Pengundi dan orang lain yang salah. Mereka tidak bersalah.

Jika betul begitu ceritanya nampaknya bekas wakil rakyat dan pemimpin bahagian masih tidak sedar dan masih gagal belajar dari mimpi ngeri yang berlaku.

Mereka masih dengan ego mereka. Sebab itulah agaknya walaupun sudah lebih dua bulan (hari ini 10hb. mei 2008) PRU 13 berlalu dan kalah, masih ada bekas wakil rakyat yang tidak menurunkan papan tanda pusat perkhidamatannya. Mungkin ada pengundi dan masyarakat yang keliru pula masih ada wakil rakyat BN walau sudah kalah.

Saya katakan mereka tidak sedar kerana mereka lupa pada jasa pengundi yang meletakkan mereka berpenggal-penggal lamanya. Seorang sudah 3 penggal dan yang seorang lagi sudah 2 penggal. Mungkin kekayaan yang mereka kaut hari ini pun datangnya kerana dapat jadi wakil rakyat seperti tanggapan ramai orang. Kalau tidak takkanlah pula ramai orang yang nak jadi wakil rakyat.

Beberapa kawan rapat saya sebelum ini yang pakai kereta biasa dan mendiami rumah teres atau rumah kampung sebelum jadi wakil rakyat hari ini sudah memiliki rumah besar dan kereta besar.

Saya katakan bekas wakil rakyat tadi tidak mengenang jasa pengundi kerana mereka tidak memperdulikan pengundi dengan mengambil tahu hal mereka secara mendalam dan "genuine". Mereka hanya berikan perkhidmatan yang "superficial" sahaja. Tidak ramai rakyat yang pergi ke pusat perkhidmatan mereka. Ya, rakyat yang kena pergi. Belum tentu mereka ada. Waktu pilihanraya mereka yang cari rakyat.

Jadi janganlah cerita yang rakyat lupa jasa mereka. Mereka lupa jasa rakyat. Bukan sekadar lupa jasa rakyat yang mengundi mereka, malah lupa pada ahli-ahli UMNO yang menykong dan mendokong mereka waktu nak naik. Masa belum naik-naik macam-macam janji mereka tabur. Bila sudah naik, "haprak pun tarak" kata orang.

Kalau mereka kecewa kalah dalam pilihanraya, mereka tahukah kekecewaan rakyat dengan mereka yang bersikap angkuh dan beregois tinggi semasa jadi wakil rakyat. Bahkan semasa berkempen sebelum pilihanraya pun mereka masih menunjuk ego yang tinggi dan meminggirkan segelintir ahli UMNO dan calon parlimen.

"ADUN kebal, tidak boleh kalah" kata mereka.

Dan bila kalah mereka terpinga-pinga macam tidak percaya. Malah penerangan yang mereka lakukan pun hanya untuk syok sendiri.

Wajarkah orang macam ini kita gelar peimpin dan diberi tempat lagi dalam UMNO bahagian??

Ucapan Hj Shamsuddin - Mantan SU UMNO Bhg Shah Alam

Dalam pertemuan dengan jentera pilihanraya PDM Sek 18, Hj Shamsuddin Hashim mantan SU UMNO Bahagian Shah Alam telah melontarkan pandangan dan pertanyaan kepada kepimpinan utama UMNO Bahagian.

Kepimpinan UMNO Bahagian walau bagaimanapun gagal menjawab soalan yang ditanya dengan jelas. Jawapan yang diberikan adalah kabur dan tidak menepati soalan yang ditanya.

Berikut adalah ucapan dan pertanyaan Hj Shamsuddin:

Selepas PRU 12 ramai ahli-ahli UMNO yang mengalami kejutan (shock) seolah-olah tidak percaya dengan apa yang berlaku. Malah calon-calon yang bertanding pun tidak percaya mereka akan tewas kononnya mereka terlalu ‘kebal’. Apa yang saya risaukan ialah pemimpin-pemimpin UMNO Bhg nampaknya tidak melakukan tindakan yang konkrit untuk menangani masalah ini. Saya khuatir jika ini tidak diberi perhatian masalah ini akan menjadi semakin parah dan ahli-ahli UMNO semakin ramai yang hilang keyakinan pada UMNO dan berubah arah pada parti lain. Malah sudah ada, bekas ketua cawangan UMNO yang berbuat begitu.

Dalam PRU 12 ini juga saya lihat KB dan TKB hilang kawalan kepimpinan. Bila calon luar (Dato’ Aziz) dipilih semula bertanding orang-orang yang mengetuai protes adalah AJK UMNO Bhg. Bila pencalonan, Dato’ Aziz dikekalkan Dato KB dan TKB tidak dapat menyokong perkara ini merebak. Malah ada beberapa AJK Bhg yang berkempen secara terang-terang jangan undi calon parlimen BN. KB dan TKB gagal mengawal keadaan. Pemimpin UMNO Bhg yang wujudkan ribut taufan yang menjadi tsunami di Shah Alam.


Ramai pemimpin bahagian yang masih cuba berselindung dan tidak mahu berdepan dengan masalah sebenar PRU 12. Ramai pemimpin yang menuding pada isu nasional, pengundi Cina dan India. Kita tidak mahu melihat kepada kesilapan yang kita lakukan sendiri. Kita terlalu angkuh untuk menerima kenyataan dan menidakkan keadaan. Pemimpin yang mengepalai PRU 12 wajib menerima tanggungjawab ini, bukannya memberi alasan-alasan yang remeh.

UMNO Bahagian perlu bersifat lebih terbuka. Bukan takut dengan bayang-bayang. Mengembang “empayar” peribadi tidak akan mengubah keadaan. Kuat dalam UMNO sahaja tidak ada makna. Kalau dulu 3 pergi 30 boleh mari, hari ini 3 pergi 300 boleh dating membantu UMNO jika kita bersifat terbuka dan ikhlas dengan perjuangan parti. Jangan hanya nak menunjuk orang itu dan orang ini untuk menjadi pemimpin kerana nak kukuhkan kekuatan kita tapi merosakkan dan merudumkan UMNO keseluruhannya. Orang macam ini tidak layak untuk menjadi pemimpin UMNO!!!


Saya masih berkeyakinan UMNO akan kembali kuat dan akan di terima rakyat dan seterusnya menang dalam PRU 13 dengan mengubah sifat-sifat seperti berikut :
1. Ubah sikap pemimpin turun padang terutama pemimpin kanan Bhg jangan terlalu sombong dan angkoh tak mahu dengar pandangan ahli akar umbi.

2. Banyakkan program turun padang terutama pemimpin kanan. Jangan turun padang bila nak Pilihanraya atau pemilihan Bhg, lihat nasib peniaga kecil dan pemandu teksi.

3. Buat aktiviti yang banyak beri faedah kepada rakyat bukan hanya kepada ahli UMNO sahaja. Biro Kebajikan dan biro Sukan jalankan aktiviti berterusan bukan bermusim.

4. Kenalpasti para usahawan yang tak dapat peluang perniagaan dan cuba mendapatkannya serta jika perlukan dana kena bantu dapatkanya. Janganlah pengerusi biro Usahawan atau Ekonomi asyik memikirkan ekonomi sendiri dan kerani sahaja.
5. Jangan sabotaj calon yang telah diputuskan seperti berlaku dalam PRU 12 dimana pemimpin Bhg sendiri terang-terang melakukannya.

6. Jangan diwujudkan lagi sifat meminggirkan cawangan-cawangan seperti dalam PRU 12

7. Pemimpin Bhg mestilah jujur dalam memberikan peruntukkan kepada PDM jangan ada yang dapat sikit ada yang dapat banyak contoh saya sendiri hanya dapat RM 200 sahaja sebagai ketua Caw dan Pengarah PDM.

Soalan.
1. Adakah benar UMNO Bhg S.Alam ingin menjual sebahagian daripada bangunan UBSA untuk tujuan menyelesaikan hutang UBSA ?
2. Berapakah jumlah hutang UBSA sekarang ? Saya difahamkan hampir mencecah RM 2 Juta Ringgit.

Saya berpendapat ada banyak cara untuk menyelesaikan hutang UMNO dengan tidak menjual bangunan. Saya hairan hutang semakin bertambah. Lawatan ke luar negara yang ditaja oleh bahagian makin kerap. Malang dan sangat malang. Dalam pemilihan akan datang berilah kuasa kepada pemimpin cawangan yang menentukan. Jangan ada unsur ugutan dan paksaan.

Tuesday, May 06, 2008

"Road Show" UMNO Bahagian

Sejak BN (lebih tepatnya UMNO) kalah dalam PRU 12 di Shah Alam 3 pemimpin utama bahagian sibuk turun padang ke PDM untuk menjelaskan sebab kekalahan.

Jentera dan ahli-ahli UMNO dikumpul dan penerangan dibuat. Namun ramai ahli-ahli yang hadir menyatakan rasa tidak puas hati mereka atas faktor-faktor berikut:

1. Masa perjumpaan dimulakan agak lewat melebihi jam 9.30 malam. KB,TKB, NKB bercakap terlalu lama mengulangi banyak perkara yang sudah diketahui umum. Dalam erti kata lain mereka hanya beretorik menyatakan perkara yang sudah hadirin tahu.

2. Masa untuk soal jawab terlalu pendek hampir iaitu hampir jam 11.30 malam. Tidak banyak soalan yang boleh dikemukakan. Ada diantara hadirin yang meninggalkan majlis kerana mahu bangun awal untuk kerja besok pagi.

3. Penerangan faktor kekalahan diletakkan kepada isu nasional, isu negeri, "mood" pengundi kali ini, pengundi Cina dan India berubah haluan. Semuanya banyak menghala kepada faktor luaran. Jari dituding ketempat lain.

Faktor dalaman tidak disentuh langsung, seolah-olah mahu disembunyikan. Muhasabah diri tidak ada. Tidak ada komen dan ulasan dibuat kepada isu beberapa AJK bahagian yang terang-terang berkempen jangan undi calon parlimen. Tidak ada ulasan diskriminasi dalam pemberian peruntukan PDM. Tidak ada penerangan kenapa UMNO banyak hilang undi orang Melayu yang melebihi 70% pengundi Shah Alam. Jika semua bukan Melayu mengundi untuk BN pun, BN pasti kalah jika orang Melayu tidak menyokong BN.

4. Isu kegagalan dan ketidak kewibawaan pemimpin UMNO bahagian yang berasa terlalu yakin dan "kebal" dengan kedudukan masing-masing sebagai calon tidak disentuk langsung. Sifat keangkuhan yang ditegur oleh sebilangan ahli langsung tidak disentuh atau diberi perhatian.

Ramai ahli berpendapat majlis penerangan itu sekadar melepaskan batuk ditangga. Ada pula yang berfikiran bahawa majlis itu sebagai ruang untuk berkempen bagi pertandingan pemilihan yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Rumusannya: Apapun majlis-majlis yang dianjurkan semakin menampakkan bahawa pemimpin bahagian tidak berani memperkatakan isu pilihanraya secara jujur, ikhlas dan berani. Mereka tidak berani mengakui kesilapan yang mereka lakukan. Mereka tidak mahu mengakui mereka hilang kawalan dan hala tuju dalam pilihanraya baru0baru ini. Bukan hanya 3 yang pergi malahan ribuan undian yang hilang menyebabkan mereka kena tsunami. Itu pun mereka belum sedar. Mereka masih mahu bersembunyi dalam semak (beating and hiding around and in the bush).