Komen UBSA

Memuatkan berita semasa UMNO Bahagian Shah Alam untuk ahli-ahli yang peka dan ingin tahu perkembangannya terutama pandangan mengenai kepimpinan dan arahtujunya. E-Mail komen: komenubsa@yahoo.com

Tuesday, May 06, 2008

"Road Show" UMNO Bahagian

Sejak BN (lebih tepatnya UMNO) kalah dalam PRU 12 di Shah Alam 3 pemimpin utama bahagian sibuk turun padang ke PDM untuk menjelaskan sebab kekalahan.

Jentera dan ahli-ahli UMNO dikumpul dan penerangan dibuat. Namun ramai ahli-ahli yang hadir menyatakan rasa tidak puas hati mereka atas faktor-faktor berikut:

1. Masa perjumpaan dimulakan agak lewat melebihi jam 9.30 malam. KB,TKB, NKB bercakap terlalu lama mengulangi banyak perkara yang sudah diketahui umum. Dalam erti kata lain mereka hanya beretorik menyatakan perkara yang sudah hadirin tahu.

2. Masa untuk soal jawab terlalu pendek hampir iaitu hampir jam 11.30 malam. Tidak banyak soalan yang boleh dikemukakan. Ada diantara hadirin yang meninggalkan majlis kerana mahu bangun awal untuk kerja besok pagi.

3. Penerangan faktor kekalahan diletakkan kepada isu nasional, isu negeri, "mood" pengundi kali ini, pengundi Cina dan India berubah haluan. Semuanya banyak menghala kepada faktor luaran. Jari dituding ketempat lain.

Faktor dalaman tidak disentuh langsung, seolah-olah mahu disembunyikan. Muhasabah diri tidak ada. Tidak ada komen dan ulasan dibuat kepada isu beberapa AJK bahagian yang terang-terang berkempen jangan undi calon parlimen. Tidak ada ulasan diskriminasi dalam pemberian peruntukan PDM. Tidak ada penerangan kenapa UMNO banyak hilang undi orang Melayu yang melebihi 70% pengundi Shah Alam. Jika semua bukan Melayu mengundi untuk BN pun, BN pasti kalah jika orang Melayu tidak menyokong BN.

4. Isu kegagalan dan ketidak kewibawaan pemimpin UMNO bahagian yang berasa terlalu yakin dan "kebal" dengan kedudukan masing-masing sebagai calon tidak disentuk langsung. Sifat keangkuhan yang ditegur oleh sebilangan ahli langsung tidak disentuh atau diberi perhatian.

Ramai ahli berpendapat majlis penerangan itu sekadar melepaskan batuk ditangga. Ada pula yang berfikiran bahawa majlis itu sebagai ruang untuk berkempen bagi pertandingan pemilihan yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Rumusannya: Apapun majlis-majlis yang dianjurkan semakin menampakkan bahawa pemimpin bahagian tidak berani memperkatakan isu pilihanraya secara jujur, ikhlas dan berani. Mereka tidak berani mengakui kesilapan yang mereka lakukan. Mereka tidak mahu mengakui mereka hilang kawalan dan hala tuju dalam pilihanraya baru0baru ini. Bukan hanya 3 yang pergi malahan ribuan undian yang hilang menyebabkan mereka kena tsunami. Itu pun mereka belum sedar. Mereka masih mahu bersembunyi dalam semak (beating and hiding around and in the bush).