Komen UBSA

Memuatkan berita semasa UMNO Bahagian Shah Alam untuk ahli-ahli yang peka dan ingin tahu perkembangannya terutama pandangan mengenai kepimpinan dan arahtujunya. E-Mail komen: komenubsa@yahoo.com

Friday, April 11, 2008

Kenapa Ada Diskriminasi Imbuhan Pilihanraya

Saya pun naik pelik dengan gelagat pemimpin yang bertanggungjawab mengagihkan peruntukan pilihanraya. Ada yang dapat banyak, ada yang dapat sedikit iaitu didiskriminsikan.

Saya bukan buat tuduhan melulu. Seorang sahabat saya ketua satu cawangan dapat sampai RM2,200 jumlahnya (tidak termasuk peruntukan rm3.50 satu pengundi). Ada 3 orang ketua cawangan yang juga sahabat saya dapat rm1,200. Ada seorang lagi ketua cawangan dapat 800. Mereka ini semua berjawatan Pengarah Pusat Daerah Mengundi (PDM)

Yang paling sedih ialah sahabat saya Hj Shamsuddin Hashim, mantan Setiausaha UMNO Bahagian yang cuma dapat rm200.00 (dua ratus, ya, dua ratus... bukan dua ribu). Dia pun Pengarah PDM (SK Seksyen 18) juga.

Semasa malam akhir sebelum mengundi dia jamu Dato Aziz Shamsuddin yang melawat bilik gerakannya makan biskut mayat. Dia beritahu Dato Aziz tak mampu nak sediakan lebih dari itu sebab dapat peruntukan cuma dua ratus ringgit sahaja. Dato Aziz yang mungkin simpati dengan nasib Hj Shamsuddin hulurkan sedikit peruntukan padanya.

Dzulkarnain yang jadi wakil calon tersipu-sipu dengar luahan dan keluahan (atau aduan dan komplen) tersebut. Dia kata akan hantar serahan dan betulkan perkara tersebut. Sehingga kini tidak tinggal macam itu sahaja. Pilihanraya dah berlalu, kalah pula tuu... Kalau kita tanya Sdra Dzulkarnain agak-agak apa dia nak jawab yaaa??

Kenapa diskriminasi macam ni boleh berlaku?. Kadangkala pemimpin UMNO kita anggap ahli UMNO lain yang tak seulu dengannya lebih teruk dari penyokong parti pembangkang.

Inilah budaya UMNO yang perlu ditukarkan diShah Alam. Budaya tiga pergi, tiga puloh mari sudah berlalu. Inilah budaya yang menghancurkan UMNO dalam PRU12 diShah Alam. Budaya ini mesti dikikis dan dihakis hingga keakar umbinya.

Kepimpinan cawangan yang menjadi perwakilan bertanggungjawab mengubah budaya ini.