Komen UBSA

Memuatkan berita semasa UMNO Bahagian Shah Alam untuk ahli-ahli yang peka dan ingin tahu perkembangannya terutama pandangan mengenai kepimpinan dan arahtujunya. E-Mail komen: komenubsa@yahoo.com

Friday, April 18, 2008

Terjualkah Bangunan UMNO Shah Alam (Bhg 1)

Terjualkah Bangunan UMNO Shah Alam?

Itulah pertanyaan yang ditanya oleh beberapa ketua UMNO cawangan dan yang berlegar dalam kepala saya.

Dari desas desus yang bertiup kencang ada ura-ura kepimpinan yang ada sekarang ingin menjual sebahagian dari bangunan UMNO yang tersergam indah dan mercu kebanggaan ahli-ahli UMNO Shah Alam. Dengar khabar satu atau dua tingkat akan dijual.

Menurut ceritanya Salamon ingin melangsaikan semua hutang UMNO yang masih ada sebelum dia beredar turun dari ketua bahagian.

Jika ini benar-benar berlaku maka pada pandangan saya ianya bukanlah sesuatu yang bijak. Beberapa persoalan yang timbul dalam benak saya ialah:

Persoalan? Persoalan
Pertama, kenapakah baru sekarang pada saat-saat akhir kepimpinannya baru timbul ura-ura hendak jual banguanan (tidak kiralah samada satu bangunan atau satu tingkat)? Apakah muslihat dan sebab yang sebenarnya?

Kedua, jika dia masih ketua bahagian dan wakil rakyat lagi adakah bangunan ini akan dijual juga?

Ketiga, jika UMNO mempunyai hutang kenapa pembayaran hutang itu tidak dibuat selama berbelas tahun dia menjadi ketua bahagian?

Keempat, berapa banyakkah hutang UMNO bahagian yang sebenarnya? Kenapakah ahli-ahli UMNO tidak pernah diberitahu kedudukan kewangan UMNO Shah Alam yang sebenarnya selama 15 tahun dia jadi Ketua Bahagian?

Kelima, bolehkah dia sewenang-wenangnya dengan beberapa kerat pemimpin pengurusan melakukan apa jua transasksi jualan tanpa merujuk kepada persetujuan ahli?

Rancangan Menjual Tidak Bijak:

Stail Orang Tidak Bersekolah
Saya melihat menjual bangunan itu untuk membayar hutang yang ada bukanlah satu cara penyelesaian yang bijak. Jika Salamon, Nawawi, dan Dzuulkarnain benar-benar orang yang profesional mereka sepatutnya boleh berfikir banyak kaedah dan alternatif penyelesaian yang boleh dilakukan.

Kalau betul itu kaedah yang ingin mereka buat orang kampung yang tak pergi sekolah pun tahu melakukannya. Bagi mereka dikampung yang tidak bersekolah itulah kaedahnya - jual tanah bila perlukan wang. Itu stail lama. Cubalah fikir cara lain sama.

Hari ini banyak instrumen kewangan yang terdapat dalam pasaran. (Itu pun kalau mereka faham apa yang saya maksudkan). Sepatutnya mereka boleh meneroka penyelesaian kaedah lain kecuali mereka mempunyai agenda tersembunyi kenapa bangunan itu perlu dijual. Jika ada agenda tersembunyi tolonglah terangkan. Jika tidak orang akan syak wasangka.

Berapa Hutangnya & Perbelanjaan Tidak Berhemah?
Masalah utama yang menyebabkan perkara ini berlaku ialah kerana berbelanja dengan tidak berhemah. UMNO Shah Alam boleh dikatakan berbelanja secara "extravaganza". Mungkin masih terbawak-bawak zaman Salamon jadi SUP Menteri Kewangan. Mungkin berbelanja boros kerana dia berjawatan Datuk Bandar sebelum ini. Mungkin juga kerana Nawawi EXCO kerajaan Selangor sebelum ini. Mungkin juga kerana semua projek kecil MBSA, MPSJ dan PBT lain diselaraskan oleh Dzulkarnain.

Oleh kerana itu belanja pun tak payah berhemah. Lihatlah berapa ruang pejabat UMNO Shah Alam. Membazir. tak payahlah sebut UMNO Bahagian lain. Pejabat UMNO beberapa negeri lain pun kalah dengan pejabat UMNO Shah Alam. Bilangan kakitangan pun berlebih.

Berapa sebenarnya hutang UMNO Shah Alam. Mungkin satu juta? Mungkin dua juta? Atau berapa sebenarnya. Bagi tahulah. Kenapa sembunyi-sembunyi hingga bertimbun begitu banyak. Pada jangkaan saya mungkin lebih dari satun juta. Hutang penyelenggaraan bangunan banyak.... Hutang cukai pintu banyak .... Hutang pada katering (satu penyedia makanan sahaja yang UMNO Shah Alam pilih walaupun ramai ahli boleh buat) pun banyak... (tak payahlah saya sebut angka untuk semua ini).

Kita pun hairan kalau berhutang bertahun-tahun tak bayar, tiba-tiba tup-tup mahu jual bangunan untuk bayar hutang begini. Cubalah anda fikir! (sambung bhg 2)