Komen UBSA

Memuatkan berita semasa UMNO Bahagian Shah Alam untuk ahli-ahli yang peka dan ingin tahu perkembangannya terutama pandangan mengenai kepimpinan dan arahtujunya. E-Mail komen: komenubsa@yahoo.com

Friday, April 18, 2008

Terjualkah Bangunan UMNO Shah Alam (Bhg 3)

Sekiranya bangunan UMNO Shah Alam terjual, tidak kiralah samada semua atau beberapa tingkat sekalipun, imej UMNO Bahagian tentunya tercemar. Dari sebuah bahagian yang berbangga dengan bangunan yang tersergam indah, ianya hanya akan tinggal nama. Umpama orang Melayu yang semakin terhakis ketuanannya. Inilah akibat kepimpinan lemah yang tidak mampu berfikir dengan mendalam atau berakal panjang.

Penyata Kewangan Yang Tidak Telus
Selama berbelas tahun Salamon menjadi Ketua UMNO Bahagian, penyata kewangan yang dibentangkan kepada para perwakilan bukanlah sesuatu yang lengkap, jelas dan telus. Penyata kewangan yang diberikan hanyalah sebahagian sahaja, iaitu dari segi perbelanjaan operasi sahaja.

Pendapatan dan perbelanjaan menyeluruh tidak ditunjukkan. Penyata kewangan yang mengandungi "balance sheet" yang menunjukkan aset dan liabiliti tidak pernah dibentangkan. Ianya tidak menunjukkan keseluruhan kedudukan kewangan UMNO bahagian yang sebenarnya. Mungkin Ketua dan Timbalan menganggap ahli-ahli perwakilan UMNO Shah Alam tidak mampu mentelaah atau memahami butiran dan istilah kewangan. Mungkin pada anggapan mereka ahli-ahli perwakilan buta huruf bidang kewangan.

Selama lebih dari 10 tahun bangunan UMNO wujud pimpinan bahagian tidak telus dalam uruan ini dan telah mengelabui (deception) ahli-ahli UMNO Shah Alam.

Akaun-akaun bank bagi pendapatan dan perbelanjaan bangunan disimpan secara berasingan dan diopersikan oleh individu-individu tertentu sahaja.

Oleh itu amatlah perlu dalam masa terdekat ini satu kajian atau audit kewangan yang dijalankan oleh akauntan bertauliah untuk mengetahui kedudukan kewangan yang sebenarnya. Disamping itu jurunilai bertauliah perlulah dilantik untuk menilai berapa sebenarnya nilai bangunan UMNO Shah Alam. Jika pihak PPNS (Persatuan Peladang Negeri Selangor) membeli bangunan 11 tingkat disebelah bangunan UMNO dengan harga rm35 juta berapakah pula nilai bangunan UMNO 12 tingkat (satu tingkat lebih)?

Prosedur Transaksi Jualan
Setelah sekian lama penyata kewangan tidak telus kita ingin bertanya adakah jika jualan itu hendak diteruskan juga ianya dibuat dengan telus?

Transaksi jualan melibatkan jutaan ringgit ini bukanlah sesuatu yang kecil atau mudah dan dapat dilakukan dalam sekelip mata. Kita tidak ingin melihat aset ahli-ahli UMNO dijual pada bawah harga pasaran, dijual pada orang-orang tertentu atas sebab-sebab tertentu.

Jika ahli-ahli UMNO bersetuju untuk dijual ianya mestilah dibuat secara bida terbuka dan dikendalikan oleh orang-orang profesional. Harga "reserve" yang dibuat oleh jurunilai mestilah menjadi "benchmark".

Jualan pula mestilah pada syarikat bumiputra atau institusi kerajaan. Kita tidak mahu bangunan UMNO dimiliki oleh Lim Ba Ba atau Ayosami. Kita tidak ingin melihat kes empat lot pejabat dalam Kompleks Dagangan UMNO Shah Alam dijual pada orang Cina berulang kembali. Samada anda sedar atau tidak empat lot (saya ulang) lot pejabat UMNO dijual kepada bukan Melayu oleh pemaju dengan persetujuan Ketua Bahagian atas sebab kononnya tidak ada pembeli Melayu.

Apapun seperti yang saya katakan dalam artikel sebelum ini "pilihan untuk menjual" bukanlah sesuatu yang bijak. Ianya adalah satu pilihan orang yang tidak panjang akal dan "desperado" dengan mencari jalan keluar yang mudah.

Layakkah mereka ini dilantik lagi sebagai pemimpin??