Komen UBSA

Memuatkan berita semasa UMNO Bahagian Shah Alam untuk ahli-ahli yang peka dan ingin tahu perkembangannya terutama pandangan mengenai kepimpinan dan arahtujunya. E-Mail komen: komenubsa@yahoo.com

Sunday, June 01, 2008

Reaksi Salamon Memeranjatkan

Seorang kawan yang menjadi Ketua UMNO sebuah cawangan agak terperanjat dan hairan dengan reaksi Salamon bila saya sampaikan cerita "Nawawi kuat, Nawawi kaya" padanya.

"Jika Nawawi benar-benar kuat apalah yang Salamon nak takutkan. Nawawi tentunya boleh menang besar dengan sokongan dari Salamon sendiri". katanya.

"Saya fikir mesti ada perkara lain yang menyebabkan dia menyuruh Raja Taharudin jangan bertanding. Saya nampak cara dia memberi tekanan tersebut seolah-olah bagaikan ada benda yang nak disembunyikan" dia menambah.

Saya tidak pernah terfikir perkara sebegitu sebelum ini. Kata-katanya membuatkan saya berfikir panjang. Mungkin ada benda yang Salamon tidak mahu terbongkar jika Raja Taharudin mengambil alih UMNO bahagian. Saya tidak tahu apa bendanya. Hanya boleh spekulasi sahaja.

Mungkin dia risau dengan hutang UMNO Bahagian. Mungkin dia risau jika Raja Taha dan pasukannya akan korek maklumat kewangan bangunan yang tidak pernah dibentangkan bertahun-tahun sebelum ini. Mungkin.

Kawan saya menambah lagi, "Pertandingan memilih pucuk kepimpinan adalah satu perkara yang biasa dan amalan demokrasi dalam UMNO. Pada fikiran saya pertandingan adalah satu proses yang baik kerana ianya memberikan pilihan kepada ahli untuk membuat penilaian. Lagipun ianya akan memantapkan dan menguatkan sesiapa sahaja yang melalui proses pertandingan. Yang menang akan lebih berhati-hati kerana ada "check and balance"".

Betul juga katanya. Setiap calon akan berfikir dengan mendalam tentang agenda dan misi yang ingin dibawanya. Tidaklah lagi akan berlaku kes "letak tunggul pun boleh menang" seperti yang selalu diperkatakan mengenai calon Barisan Nasional sebelum PRU 12.

Nawawi tidak pernah menghadapi pertandingan pemilihan sehebat yang akan dihadapinya sebelum ini. Masa nak jadi ketua pemuda dia didokong oleh semua pemimpin bahagian. masa jadi timbalan ketua bahagian dia tidak pernah bertanding. Jadi pertandingan kali ini akan menjadi ujian kepadanya.

Kalau dalam pertandingan lepas Hj Shamsudin, Dato Manan dan saya (3 mantan Setiausaha, Bendahari dan Ketua Penerangan) menyokong Salamon dan isterinya Niswaty, kali ini kami berada dikumpulan pembaharuan yang lain.

Jadi yang sebenarnya kali ini juga akan merupakan cabaran yang hebat kepada Salamon Selamat yang selepas ini juga akan menjadi mantan Ketua UMNO Bahagian Shah Alam.

Semua ini adalah satu proses yang biasa atau "neutral". Tidak ada apa yang perlu dirisaukan seperti yang dirisaukan oleh Salamon.