Komen UBSA

Memuatkan berita semasa UMNO Bahagian Shah Alam untuk ahli-ahli yang peka dan ingin tahu perkembangannya terutama pandangan mengenai kepimpinan dan arahtujunya. E-Mail komen: komenubsa@yahoo.com

Friday, May 09, 2008

Ucapan Hj Shamsuddin - Mantan SU UMNO Bhg Shah Alam

Dalam pertemuan dengan jentera pilihanraya PDM Sek 18, Hj Shamsuddin Hashim mantan SU UMNO Bahagian Shah Alam telah melontarkan pandangan dan pertanyaan kepada kepimpinan utama UMNO Bahagian.

Kepimpinan UMNO Bahagian walau bagaimanapun gagal menjawab soalan yang ditanya dengan jelas. Jawapan yang diberikan adalah kabur dan tidak menepati soalan yang ditanya.

Berikut adalah ucapan dan pertanyaan Hj Shamsuddin:

Selepas PRU 12 ramai ahli-ahli UMNO yang mengalami kejutan (shock) seolah-olah tidak percaya dengan apa yang berlaku. Malah calon-calon yang bertanding pun tidak percaya mereka akan tewas kononnya mereka terlalu ‘kebal’. Apa yang saya risaukan ialah pemimpin-pemimpin UMNO Bhg nampaknya tidak melakukan tindakan yang konkrit untuk menangani masalah ini. Saya khuatir jika ini tidak diberi perhatian masalah ini akan menjadi semakin parah dan ahli-ahli UMNO semakin ramai yang hilang keyakinan pada UMNO dan berubah arah pada parti lain. Malah sudah ada, bekas ketua cawangan UMNO yang berbuat begitu.

Dalam PRU 12 ini juga saya lihat KB dan TKB hilang kawalan kepimpinan. Bila calon luar (Dato’ Aziz) dipilih semula bertanding orang-orang yang mengetuai protes adalah AJK UMNO Bhg. Bila pencalonan, Dato’ Aziz dikekalkan Dato KB dan TKB tidak dapat menyokong perkara ini merebak. Malah ada beberapa AJK Bhg yang berkempen secara terang-terang jangan undi calon parlimen BN. KB dan TKB gagal mengawal keadaan. Pemimpin UMNO Bhg yang wujudkan ribut taufan yang menjadi tsunami di Shah Alam.


Ramai pemimpin bahagian yang masih cuba berselindung dan tidak mahu berdepan dengan masalah sebenar PRU 12. Ramai pemimpin yang menuding pada isu nasional, pengundi Cina dan India. Kita tidak mahu melihat kepada kesilapan yang kita lakukan sendiri. Kita terlalu angkuh untuk menerima kenyataan dan menidakkan keadaan. Pemimpin yang mengepalai PRU 12 wajib menerima tanggungjawab ini, bukannya memberi alasan-alasan yang remeh.

UMNO Bahagian perlu bersifat lebih terbuka. Bukan takut dengan bayang-bayang. Mengembang “empayar” peribadi tidak akan mengubah keadaan. Kuat dalam UMNO sahaja tidak ada makna. Kalau dulu 3 pergi 30 boleh mari, hari ini 3 pergi 300 boleh dating membantu UMNO jika kita bersifat terbuka dan ikhlas dengan perjuangan parti. Jangan hanya nak menunjuk orang itu dan orang ini untuk menjadi pemimpin kerana nak kukuhkan kekuatan kita tapi merosakkan dan merudumkan UMNO keseluruhannya. Orang macam ini tidak layak untuk menjadi pemimpin UMNO!!!


Saya masih berkeyakinan UMNO akan kembali kuat dan akan di terima rakyat dan seterusnya menang dalam PRU 13 dengan mengubah sifat-sifat seperti berikut :
1. Ubah sikap pemimpin turun padang terutama pemimpin kanan Bhg jangan terlalu sombong dan angkoh tak mahu dengar pandangan ahli akar umbi.

2. Banyakkan program turun padang terutama pemimpin kanan. Jangan turun padang bila nak Pilihanraya atau pemilihan Bhg, lihat nasib peniaga kecil dan pemandu teksi.

3. Buat aktiviti yang banyak beri faedah kepada rakyat bukan hanya kepada ahli UMNO sahaja. Biro Kebajikan dan biro Sukan jalankan aktiviti berterusan bukan bermusim.

4. Kenalpasti para usahawan yang tak dapat peluang perniagaan dan cuba mendapatkannya serta jika perlukan dana kena bantu dapatkanya. Janganlah pengerusi biro Usahawan atau Ekonomi asyik memikirkan ekonomi sendiri dan kerani sahaja.
5. Jangan sabotaj calon yang telah diputuskan seperti berlaku dalam PRU 12 dimana pemimpin Bhg sendiri terang-terang melakukannya.

6. Jangan diwujudkan lagi sifat meminggirkan cawangan-cawangan seperti dalam PRU 12

7. Pemimpin Bhg mestilah jujur dalam memberikan peruntukkan kepada PDM jangan ada yang dapat sikit ada yang dapat banyak contoh saya sendiri hanya dapat RM 200 sahaja sebagai ketua Caw dan Pengarah PDM.

Soalan.
1. Adakah benar UMNO Bhg S.Alam ingin menjual sebahagian daripada bangunan UBSA untuk tujuan menyelesaikan hutang UBSA ?
2. Berapakah jumlah hutang UBSA sekarang ? Saya difahamkan hampir mencecah RM 2 Juta Ringgit.

Saya berpendapat ada banyak cara untuk menyelesaikan hutang UMNO dengan tidak menjual bangunan. Saya hairan hutang semakin bertambah. Lawatan ke luar negara yang ditaja oleh bahagian makin kerap. Malang dan sangat malang. Dalam pemilihan akan datang berilah kuasa kepada pemimpin cawangan yang menentukan. Jangan ada unsur ugutan dan paksaan.