Komen UBSA

Memuatkan berita semasa UMNO Bahagian Shah Alam untuk ahli-ahli yang peka dan ingin tahu perkembangannya terutama pandangan mengenai kepimpinan dan arahtujunya. E-Mail komen: komenubsa@yahoo.com

Saturday, May 10, 2008

Memilih Pemimpin UMNO Bahagian - Bhg 3

6. Keupayaan (Kemahiran, Pengalaman, Ilmu) untuk memimpin
dan mengurus (#8)

Mereka yang ditinjau berpendapat seseorang pemimpin mestilah mempunyai keupayaan untuk memimpin dan mengurus dengan baik. Pengalaman dan kemahiran yang ada dapat membantu mereka.


7. Mempunyai Kelayakan Akademik yang Baik (#2)
Kelayakan akademik sekalipun penting diletakkan sebagai kriteria no. 7. Mereka yang memberikan pandadangan menyebut beberapa contoh pemimpin yang tidak mempunyai kelayakan akademik tinggi dapat memimpin bahagian dengan baik. Antara contoh yang diberikan termasuklah Allayarhan Dato Zin Sulaiman (bekas Ketua UMNO Shah Alam) dan Allahyarham Dato Zakaria Mat Derus (bekas Ketua UMNO Klang).

Ada pula yang memberikan contoh Dato Hormat Rafaei dan Dato Ahmad Razali bekas MB Selangor sebagai pemimpin yang tidak mempunyai latar belakang akademik tinggi tetapi menjadi pemimpin utama negeri.


8. Mesti Ada Wang dan Ekonomi Yang Kukuh (#1)
Ini adalah kriteria memilih pemimpin yang amat unik. Dari sebutan kriteria pertama secara spontan tentang kepentingan wang dan kedudukan ekonomi ianya menjadi kriteria yang terakhir dalam tinjauan tersebut.

Walaupun wang dan kedudukan ekonomi seseorang itu penting namun ianya adalah kriteria paling bawah. Mereka juga memberikan beberapa contoh yang unik.

Allayarham Dato Zin dan Dato Zakaria Mat Derus disebut sebagai contoh. Latar belakang dan kerjaya mereka yang tidak mempunyai kedudukan ekonomi yang kukuh sebelum menjawat jawatan pemimpin bahagian dan wakil rakyat dibuat contoh. Jawatan parti mengubah kehidupan dan kedudukan ekonomi mereka.

Mereka juga turut memberikan contoh Nawawi sendiri. Mereka menyatakan secara spesifik rumah yang diduduki oleh Nawawi dan kereta yang dipakainya sebelum menjadi wakil rakyat. Ianya jauh berbeza dengan rumah dan kereta yang dimilikinya sekarang. Pada pandangan mereka jawatan wakil rakyat dan EXCO kerajaan negeri mengubah status dan kedudukan ekonomi Nawawi.

Jadi kriteria samada seseorang itu berwang atau kukuh ekonominya tidak wajar dijadikan kriteria dan pertimbangan utama dalam memilih pemimpin bahagian, kata mereka.


Nsevccc