Komen UBSA

Memuatkan berita semasa UMNO Bahagian Shah Alam untuk ahli-ahli yang peka dan ingin tahu perkembangannya terutama pandangan mengenai kepimpinan dan arahtujunya. E-Mail komen: komenubsa@yahoo.com

Saturday, May 10, 2008

Memilih Pemimpin UMNO Bahagian - Bhg 2

Sambungan ... Kriteria memilih Pemimpin:

3. Berwawasan dan mempunyai halatuju yang jelas (#5)

Pemimpin diibaratkan seperi kepala seekor ular atau keretapi. Halatuju mestilah jelas. Dia mempunyai visi dan misi yang jelas. Tahu apa yang perlu dilakukan. Jika kita beranggapan dia ada wawasan sebab dia pernah jadi wakil rakyat dan ada gelaran pula, kita mungkin tersilap besar. Jika dia punyai wawasan untuk rakyat payah rakyat nak tolak. Masalah yang timbul sekarang kerana wawasan wakil rakyatnya adalah untuk dirinya dan bukan untuk rakyat atau ahli UMNO.

Cuba kita tanya dia, kenapa beria-ria sangat nak peggang jawatan bahagian? Kita tak pasti jawapan yang akan diberikannya. Payah dia nak jawab.

Kalau dia kata dia nak kukuhkan UMNO dan jaga kepentingan Melayu kenapa selama ini ( 3 dan 2 penggal) dia tak jaga kepentingan ahli UMNO dan Melayu. Jika dia pegang Biro Ekonomi apakah program yang dia buat selama ini? Jika dia pegang Biro usahawan tahukah dia berapa ramai orang Melayu, orang UMNO yang berkecimpung dalam perniagaan sebagai usahawan? Apakah program yang dia dah buat?

Susah dia nak jawab. Jika peringkat biro pun dia tidak ada wawasan, adakah pula dia mempunyai wawasan dan hala tuju untuk bahagian.

4. Berkesanggupan memberi masa untuk memberi tumpuan kerja parti (#6)
Ahli-ahli yang ditanya berpendapat kesanggupan memberi masa untuk menumpukan kerja-kerja parti ini penting. Tambah pula dalam keadaan sekarang dimana UMNO perlu dikukuhkan semua dan kerja-kerja penyatuan (consolidation) perlu dibuat . Ianya perlu dilakukan secara "hands-on" bukan dengan cakap-cakap retorik sahaja. "Blueprint" demi "blueprint" yang dirangka pada tahun 1993 kini sudah tidak relevan lagi.

Retorik "blueprint" yang hanya baik dalam ucapan dan atas kertas tetapi tidak dapat diterjemahkan kedalam realiti seperti yang berlaku hanyalah untuk syok sendiri pada pemimpin tertentu.

Sebenarnya jika kita lihat apa yang berlaku sekarang walaupun kedua-dua pemimpin utama bahagian sekarang adalah ahli politik sepenuh masa namun keutamaan mereka bukan pada UMNO atau pengundi. Mereka lebih sibuk kononya dengan hal-hal "pentadbiran" hingga lupa pada pengundi dan ahli akar umbi. Itulah faktor utama kenapa mereka terlingkup kepada calon parti lawan yang tidak ada apa-apa.

Kerana terlampau sombong dan "over-confident" dengan imej mereka, mereka tidak buat profail seperti yang ditaburkan oleh calon parti pembangkang. Pengundi lebih mengenali calon-calon parti lawan yang baru turun hanya masa berkempen sahaja walaupun wakil rakyat dan pemimimpin ini sudah bertapak diantara 8 hingga 15 tahun. Hakikat kekalahan ini masih mereka cuba putarbelitkan iaitu menyalahi pengundi yang tidak kenang jasa dan berubah "mood".



5. Memiliki personaliti baik - ikhlas, tidak sombong, boleh ditegur (#4)
Semua yang ditanya rata-rata mengatakan personaliti baik sebagai kriteria ke empat. Tetapi ini amatlah subjektif. Belum pegang jawatan kita nampak dia tidak sombong. Lepas pegang jawatan nak jumpa pun payah. Salam pun sambil memandang tempat lain. Ada pula pemimpin yang saya kenal bila dah dapat jawatan tegur kita pun tak hendak. Macam dah tak kenal.

Ada pula dahulunya merenah diri, bila dah jadi pemimpin dan bergelar YB mahu orang hormat padanya. Kalau ke majlis mesti ada juruiring. Lebih ramai, lebih banyak kereta lebih baik. Sebab itu agaknya dalam UMNO bahagian ada satu unit trafik yang diketuai oleh Ketua Pemuda. Tak tahulah saya unit ini ada lagi atau tidak sebab ketua dan timbalan dah bukan wakil rakyat.