Komen UBSA

Memuatkan berita semasa UMNO Bahagian Shah Alam untuk ahli-ahli yang peka dan ingin tahu perkembangannya terutama pandangan mengenai kepimpinan dan arahtujunya. E-Mail komen: komenubsa@yahoo.com

Friday, May 09, 2008

Masih Tidak Sedar Diri

Seorang kawan saya yang juga ketua cawangan sambil menggeleng kepala menceritakan hal ini kepada saya.

"Mereka masih tidak sedar. Sudah kalah pun masih mempunyai ego yang tinggi,"katanya.

"Siapa?" tanya saya

"Inilah bekas wakil rakyat dan pemimpin bahagian kita," katanya lalu bercerita.

Katanya dia telah pergi kebeberapa sesi penerangan diPDM (Pusat Daerah Mengundi) yang dibuat oleh UMNO Bahagian bagi kononnya menerangkan sebab dan isu kekalahan pilihanraya.

Rata-rata apa yang dinyatakan oleh pemimpin bahagian ialah menyalahkan pengundi. Menyalahkan pengundi Cina dan pengundi India yang tidak menyokong BN. Menyalahkan orang Melayu dan ahli UMNO yang tidak menyokong. Menyesai bahawa pengundi sudah lupa jasa BN. Marahkan pengundi muda yang lupa sejarah dan tidak menykong BN.

Kata kawan saya lagi cerita dan retorik pemimpin bahagian sama dan senada disesi-sesi tersebut. Pengundi dan orang lain yang salah. Mereka tidak bersalah.

Jika betul begitu ceritanya nampaknya bekas wakil rakyat dan pemimpin bahagian masih tidak sedar dan masih gagal belajar dari mimpi ngeri yang berlaku.

Mereka masih dengan ego mereka. Sebab itulah agaknya walaupun sudah lebih dua bulan (hari ini 10hb. mei 2008) PRU 13 berlalu dan kalah, masih ada bekas wakil rakyat yang tidak menurunkan papan tanda pusat perkhidamatannya. Mungkin ada pengundi dan masyarakat yang keliru pula masih ada wakil rakyat BN walau sudah kalah.

Saya katakan mereka tidak sedar kerana mereka lupa pada jasa pengundi yang meletakkan mereka berpenggal-penggal lamanya. Seorang sudah 3 penggal dan yang seorang lagi sudah 2 penggal. Mungkin kekayaan yang mereka kaut hari ini pun datangnya kerana dapat jadi wakil rakyat seperti tanggapan ramai orang. Kalau tidak takkanlah pula ramai orang yang nak jadi wakil rakyat.

Beberapa kawan rapat saya sebelum ini yang pakai kereta biasa dan mendiami rumah teres atau rumah kampung sebelum jadi wakil rakyat hari ini sudah memiliki rumah besar dan kereta besar.

Saya katakan bekas wakil rakyat tadi tidak mengenang jasa pengundi kerana mereka tidak memperdulikan pengundi dengan mengambil tahu hal mereka secara mendalam dan "genuine". Mereka hanya berikan perkhidmatan yang "superficial" sahaja. Tidak ramai rakyat yang pergi ke pusat perkhidmatan mereka. Ya, rakyat yang kena pergi. Belum tentu mereka ada. Waktu pilihanraya mereka yang cari rakyat.

Jadi janganlah cerita yang rakyat lupa jasa mereka. Mereka lupa jasa rakyat. Bukan sekadar lupa jasa rakyat yang mengundi mereka, malah lupa pada ahli-ahli UMNO yang menykong dan mendokong mereka waktu nak naik. Masa belum naik-naik macam-macam janji mereka tabur. Bila sudah naik, "haprak pun tarak" kata orang.

Kalau mereka kecewa kalah dalam pilihanraya, mereka tahukah kekecewaan rakyat dengan mereka yang bersikap angkuh dan beregois tinggi semasa jadi wakil rakyat. Bahkan semasa berkempen sebelum pilihanraya pun mereka masih menunjuk ego yang tinggi dan meminggirkan segelintir ahli UMNO dan calon parlimen.

"ADUN kebal, tidak boleh kalah" kata mereka.

Dan bila kalah mereka terpinga-pinga macam tidak percaya. Malah penerangan yang mereka lakukan pun hanya untuk syok sendiri.

Wajarkah orang macam ini kita gelar peimpin dan diberi tempat lagi dalam UMNO bahagian??