Komen UBSA

Memuatkan berita semasa UMNO Bahagian Shah Alam untuk ahli-ahli yang peka dan ingin tahu perkembangannya terutama pandangan mengenai kepimpinan dan arahtujunya. E-Mail komen: komenubsa@yahoo.com

Saturday, August 25, 2007

Dua Musim Dalam UMNO

Sudah lam saya tidak menulis dalam blog ini. Hari ini tergerak hati kerana komen seorang rakan, bekas ketua UMNO Cawangan.

Sambil minum koipi dipetang semalam dia bertanya saya, "Kamu tahu tak dalam UMNO ada dua musim bila ahli-ahli UMNO dikenali dan didekati? ". Saya menggeleng kepala dan dia menyambung lagi, "Pertama, bila sampai musim pemilihan UMNO Bahagian dan yang kedua bila sampai waktu pilihanraya."

Saya fikir apa yang dikatakannya tepat sekali. Pemimpin bahagain akan menjadi sibuk cari ketua cawangan bila sampai waktu pemilihan. Tambah-tambah lagi bila jawatan yang akan dipegangnya akan ditandingi. Masa itu ahli UMNO tak payah cari pemimpin. Pemimpin akan cari ahli. Macam telaga dengan timba. Telaga akan sibuk cari pemimpin. Macam-macam janji akan ditawarkan. Projek kecil, projeck cuci kawasan dan longkang, dan bagi ahli-ahli Shah Alam lawatan makan angin ke Bandung jadi perkara biasa.

Apabila pertandingan selesai dan menang pertandingan pemimpin hilang pandangan buat sementara waktu. Ini sendiri terjadi pada saya yang buat temujanji demi temujanji nak jumpa seorang wakil rakyat. Bukan main beria-ria lagi dia setuju tapi tak pernah dapat jumpa. Bila jumpa waktu mesyuarat dia pun teringat pasal temujanji lalu berkata, " minggu depan boleh jumpa saya...." Tapi tak pernah bagi peluang jumpa pun.

Lagi satu musim ialah seperti sekarang bila musim pilihanraya. Sibuklah melobi. Kroni-kroni mereka pun sibuk buat andaian supaya bos dapat bertanding lagi penggal ini. Jika dulu kita jarang ditegur sapa sekarang muka pun amat manis. Lebih manis dari buah longan. Projek-projek kecil pun banyak diagihkan kepada Ketua Cawangan.

Bila pilihanraya berlalu kisah yang sama seperti musim pemilihan bahagian akan berulang lagi. Muka pun payah nampak. Nak jumpa pun susah.

Agak-nya itulah budaya UMNO Shah Alam.