Komen UBSA

Memuatkan berita semasa UMNO Bahagian Shah Alam untuk ahli-ahli yang peka dan ingin tahu perkembangannya terutama pandangan mengenai kepimpinan dan arahtujunya. E-Mail komen: komenubsa@yahoo.com

Saturday, June 14, 2008

Kenapa Perubahan Kepimpinan UMNO Shah Alam Perlu Dilakukan?

UMNO Shah Alam dalam keadaan tenat. Perkara ini diakui sendiri oleh ramai kepimpinan dan ahli-ahli akar umbi. Ianya selari dengan apa yang berlaku dikebanyakan kawasan UMNO seluroh negara terutama dalam negeri yang jatuh ke tangan parti lawan.

Menidakkan kenyataan ini dengan mengatakan UMNO Shah Alam masih tetap kukuh dan mantap adalah satu "self-fulfilling prophecy" atau syok sendiri sahaja.

Tetapi inilah hakikat yang berlaku. Kepimpinan UMNO Shah Alam yang ada hari ini ataupun yang ditunjuk oleh Ketua UMNO Bahagian sebagai penggantinya masih dalam keadaan berkhayal serta syok sendiri. Seolah-olah tidak ada apa yang berlaku. Seolah-olah semuanya masih biasa atau "normal" bagi mereka walhal hakikatnya sudah jauh dari itu.

Program pengukukan, memantapkan dan menyatupadukan ahli-ahli yang ada tidak dilakukan. Ahli-ahli yang masih dalam keadaan duka dan kecewa dengan keputusan PRU masih lagi dibiarkan dalam keadaan "hilang arah" dan terpinga-pinga. Program turun padang kePDM yang dibuat oleh pimpinan bahagian bukan sahaja sekadar melepaskan batuk ditangga malah menuding jari kepada faktor-faktor luaran yang menyebabkan kekalahan. Faktor-faktor dalaman yang menjadi lebih utama menyebabkan kekalahan tidak diakui dan cuba disembunyikan.

Pendeknya kepimpinan UMNO Shah Alam sekarang tidak mempunyai keberanian atau "courage" menyatakan secara terbuka kesilapan yang mereka lakukan. Mereka berdolak-dalik dan menindakkan punca sebenar kekalahan. Kelemahan mereka sebagai wakil rakyat yang berkuasa, pentadbiran pilihanraya yang terlalu "over-confident", gerak-kerja yang lemah menyebabkan mobilisasi massa yang teruk, pembahagian imbuhan dan peruntukan kerja yang tidak seimbang dan diskriminasi serta lain-lain semuanya tidak diambil kira. Mereka tidak berani (courage) berhadapan dengan kenyataan padahal "courage" adalah sifat utama seorang pemimpin.

Mereka adalah pemimpin yang lebih banyak beretorik tapi dengan aksi kosong. "Talk without deeds and courage are cheap". Layakkah mereka macam ini terus dibiarkan menjadi pemimpin?

Kepimpinan Salamon Dan Nawawi Bercelaru

Perkara diatas berlaku kerana kepimpinan Salamon yang melebihi 15 tahun dan dibantu oleh Nawawi semakin bercelaru. Mereka hilang fokus dan tumpuan. Mereka mementingkan yang remeh dan tidak mementingkan yang penting. "They focus on the wrong things". Mereka lebih gemar menguruskan hal pentadbiran dan peribadi dari hal ahli dan rakyat. "Rapport" mereka dengan rakyat terhakis dengan begitu banyak. Mereka terlalu menjadi "inward" looking. Terbawa-bawa dengan rasa "kekebalan" dan tidak pernah terfikir langsung dibenak mereka bahawa mereka dan BN boleh kalah.

PRU 12 menampakkan mereka hilang kawalan (control) secara "total" dan nyata. Sebahagian besar AJK bahagian menindakkan keputusan pemilihan calon parlimen oleh kepimpinan parti. Mereka membuat protes secara terbuka. Terpampang dalam media masssa nasional. Ada pula yang melakukan perkara yang tidak wajar dilakukan oleh ahli parti dan apa lagi oleh seorang AJK.

Salamon dan Nawawi mengatakan mereka hilang kawalan keatas AJK. Bagaimana ini boleh berlaku. Takkanlah mereka tidak boleh mengawal anak buah mereka sendiri. Mengenakan tindakan dan peraturan jika perlu. Dalam peperangan seseorang askar yang lari atau "desert" pasukannya akan menjalani hukuman tembak oleh "firing squad". Mereka yang melakukan protes gila secara terangan dibiarakan begitu sahaja.

Apakah mereka ini mempunyai kaliber dan karisma sebagai pemimpin? Apakah setiap AJK yang melanggar disiplin parti layak dipanggil pemimpin dan dipilih lagi sebagai pemimpin? Inilah persoalan yang kita perlu jawab.