Komen UBSA

Memuatkan berita semasa UMNO Bahagian Shah Alam untuk ahli-ahli yang peka dan ingin tahu perkembangannya terutama pandangan mengenai kepimpinan dan arahtujunya. E-Mail komen: komenubsa@yahoo.com

Wednesday, August 30, 2006

Sireh Naik Junjung - Datuk Yunus Abu

Banyak cerita dari Datuk Yunus Abu, orang Melaka sekarang mengusahakan hotel dan chalet dikawasan Pengkalan Balak dekat Tanjung Bidara, Mesjid Tanah, Melaka. Doa orang lama dalam UMNO Bahagian Shah Alam sekitar tahun 90'an.

Katanya orang politik ini macam sireh naik junjung. Masa mula-mula ditanam pohon sireh itu amat berharap pada tiang junjungnya. Tapi bila sudah membesar, junjungnya tidak nampak lagi kerana dikeliling pohon sireh. Kadangkala junjungnya pun tidak berguna lagi.

Ramai pemimpin politik juga begitu. Masa mula-mula nak naik, ramai orang yang disandarkan harapannya. Dicari sana sini. Tidak kira waktu siang atau malam. Kadangkala waktu bersama keluarga pun diganggu mereka.

Bila sudah dapat tempat yang ber"title" ramai balaci dan "gurkha" ini ditinggalkannya. Ada yang tinggal terkonteng-konteng. Habuk pun tarak. Apa pun tidak dapat. Kadangkala bukan ingatan atau sanjungan yang diberi, silap haribulan cacian dan sindiran pula yang diterima. Macam-macam gelaran pula diberikan. Bila ada pertandingan, minta nyawa pula, merayu-rayu penuh mendayu.

Kita pun tidak faham pemimpin politik ini jenis apa. Jadi apalah yang kita nak hairankan bila ramai ahli plotik terkenal dengan panggilan "political animal". Memanglah mereka ini "binatang" kerana perangai mereka pun tidak jauh dari itu. Tidak memahami erti setiakawan dan penghargaan.

Ada pula pemimpin politik jenis ini yang menganggap rakan dan "balaci" politik mereka sebagai "khadam" sahaja. Suruh buat itu dan ini. Suruh buat kerja sepenuh masa tapi tanpa gaji dan imbuhan. Suruh memang mudah tetapi masa dan wang ringgit yang dikorbankan pula langsung tidak dihargai.

Jadi cerita Datuk Yunus Abu itu ada kebenarannya.