Komen UBSA

Memuatkan berita semasa UMNO Bahagian Shah Alam untuk ahli-ahli yang peka dan ingin tahu perkembangannya terutama pandangan mengenai kepimpinan dan arahtujunya. E-Mail komen: komenubsa@yahoo.com

Wednesday, August 30, 2006

Pasca Jalanan Merdeka

Program Jalanan Merdeka UBSA 2006 berlalu juga. Sekadar buat, jangan tak buat.

Jumlah penyertaan dari kedua-dua checkpoint dianggarkan 1,400 orang. Pelajar sekolah rendah dan tabika lebih dari 1,000 orang.

Orang dewasa ahli-ahli UMNO tidak sampai 500 orang. Purata setiap cawangan tidak sampai 7 orang. Dikatakan tidak sampai 30 cawangan (dari 80 cawangan) yang hantar peserta. Ada beberapa orang kuat AJK Bahagian yang datang sendiri tanpa ahl-ahli. Ini termasuklah UMNO Cawangan Seri Kayangan (Zulkifli Rahman), Seksyen 20 (Yusof Basir), Seksyen 7 Utara (Azhar Othman), dll.

Tahniah pada UMNO Cawangan Seri Kenanga yang menang hadiah RM1,000 dan tempat kedua UMNO Cawangan Kebun Bunga.

Seorang ahli UMNO Cawangan 18 Timur yang menjadi tuan rumah memberitahu hanya 1,000 polystyrene pack untuk digunakan untuk sajian makan tengahhari walaupun khabarnya 6,000 disedikan.

Pasukan bunga manggar juga menghadapi masalah. UMNO Cawangan 18 Timur tak dapat sediakan puteri mereka.

Ramai orang yang berniaga mengeluh kerana kurang sambutan dan tiada pelawat. Seorang peniaga yang datang dari Uptown Seksyen 24 berkata beliau kerugian kerana kurang sambutan. Seorang peniaga yang jual kerepek berkata nasib baik air minuman jadi penyelamat.

Seorang AJK Persembahan berkata peserta pertandingan karaoke juga kurang dari yang dijangka. Katanya lagi semasa Cawangan Shah Alam Barat Seksyen 20 buat program "heboh" beberapa bulan dahulu sambutannya lagi hangat dari yang ini.

Dengar khabar lauk dan makanan yang dimasak banyak lebih dan terpaksa diberi pada siapa yang datang. Yalah kalau masak tiga ekor lembu untuk 3,500 orang, tetapi yang datang hanya seribu lebih, tentulah makanan lebih berlambak.

Seorang ketua cawangan berkata, "Kalau nak komen banyak yang tak kena. Saya harap penganjur banyak belajar kali ini. Inilah padahnya kalau kontraktor yang merancang projek tidak diajak sama bila mereka letak jawatan. Yang tinggal pula berasa panda, tetapi tak pandai mana pun. Banyak pincangnya".