Komen UBSA

Memuatkan berita semasa UMNO Bahagian Shah Alam untuk ahli-ahli yang peka dan ingin tahu perkembangannya terutama pandangan mengenai kepimpinan dan arahtujunya. E-Mail komen: komenubsa@yahoo.com

Saturday, August 19, 2006

3 Pegawai Baru UMNO Shah Alam

Tiga orang pegwai baru dilantik menggantikan pegwai yang letak jawatan. Badruddin Othman memangku jawatan setiausaha menggantikan Hj Shamsudin hashim, Mat Ripen Mat Ellah menjadi Bendahari menggantikan Dato Hj Manan Hj Said dan Kamaurdin Ahmad sebagai Ketua Penerangan menggantikan Hj Md Taib Mat.

Semua lantikan mereka dibuat oleh Dato Salamon Selamat selaku Ketua Bahagian pada pagi 9hb. Ogos 2006 iaitu tidak sampai 12 jam selepas orang-orang kanannya melepaskan jawatan. Tindakannya yang drastik dan pantas itu telah mengejutkan banyak pihak dikalangan pemimpin bahagian dan cawangan.

"Kita tidak perlu risau dengan 3 orang yang pergi kerana 30 orang lain yang berkaliber menunggu" ucap beliau dalam ucapan penangguhan semasa persidangan tahunan UMNO bahagian SHah Alam Ahad lalu.

Badruddin ialah pegawai khas kepada Salamon Selamat yang menjadi ADUN Bt 3. Beliau adalah seorang AJK UMNO bahagian. Kalangan AJK bahagian sendiri mengatakan lantikan itu kurang tepat kerana dia dilihat agak lembik dan kurang ketrampilan jika dibandingkan dengan Hj. Shamsudin.

Mat Ripen yang dilantik Bendahari adalah orang lama dan pernah menjadi Timbalan Ketua Bahagian dizaman dato Sanat. Sebelum ini beliau adalah seorang AJK Bahagian tambahan dan pernah menjadi Ketua Penerangan sebelum penggal ini. Ada yang sangsi dengan keupayaannya dan ada kalangan menganggap ianya kurang tepat. Semasa menjadi Ketua Penerangan beliau dikritik hebat hinggakan hampir 20 cawangan UMNO membuat usul tidak percaya kepadanya sebagai Ketua Penerangan.

Kamarudin Ahmad pula adalah seorang AJK Bahagian. Beliau pernah menjadi Ketua Pemuda Bahagian dan Ketua Pemuda Negeri semasa Penaja UMNO tahun 1987. Beliau tewas kepada Dato Zain dalam pemilihan Ketua Pemuda Shah Alam tahun 1989. Beliau mendiamkan diri selepas itu sehinggalah dipilih menjadi AJK Bahagian dalam pemilihan 2004.