Komen UBSA

Memuatkan berita semasa UMNO Bahagian Shah Alam untuk ahli-ahli yang peka dan ingin tahu perkembangannya terutama pandangan mengenai kepimpinan dan arahtujunya. E-Mail komen: komenubsa@yahoo.com

Friday, August 18, 2006

Hari Bersejarah UBSA (Art 1)

Kata orang politik itu dinamik. Hidup dan bernyawa.

Tup tup meletup. Pada 8hb Ogos 2006 3 orang pegawai kanan UMNO Bahagian Shah Alam letak jawatan. Hj Shamsudin Hashim (Setiausaha), Datuk Manan (Bendahari) dan Hj. Md Taib Mat letak jawatan serentak. Malam mereka umumkan dalam mesyuarat khas AJK UMNO bahagian ramai ahli-ahli yang belum tidur terkejut besar. Macam bom meletup.

"Saya letak jawatan atas prinsip. Kena buatlah apa yang patut dibuat". kata Md Taib bila dihubungi melalui telbim (telfefon bimbit) lewat malam selepas itu.

Bila berita itu tersiar dalam surat khabar pada hari Rabu 10hb Ogos habis satu negara tahu. Ramai orang UMNO yang terkejut. Apa sudah jadi dengan UMNO Shah Alam. Ini kes dalamankah atau ada hal lainkah? Ramai yang mengurut lega bila maklum ianya kes dalaman.

Dalam UMNO Shah Alam ianya terus menggelegak. Ramai yang tidak puas hati terus menghubungi tiga orang yang letak jawatan. Macam-macam spekulasi timbul.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Dato Nawawi dan kumpulannya terpaksa buat "road-show". Macam "road-show" Tun Mahathir. Lain dari Tun Mahathir yang bertanya, Dato Nawawi hanya beri penjelasan. Pertanyaan tidak mahu dijawab.

"Saya hanya jelaskan. Saya tidak mahu jawab soalan"katanya bila ada ketua cawangan hadir cuba bertanya.

Dua malam berturut-turut Dato Nawawi buat "road-show". Cuba jelaskan ini hanya perkara kecil. Bahawa perletakkan jawatan itu kerana tiga orang tidak puas hati. Mereka tidak dapat jawatan ahli majlis.

Tetapi ramain yang tidak percaya dengan penjelasan itu.

"Takkan kerana satu kerusi ahli majlis, 3 orang letak jawatan. Tentu ada sebab lain', komen seorang ketua cawangan yang hadir kepada rakannnya yang juga ketua cawangan.

Apa pun perkembangan ini dilihat sebagai satu batu tanda yang utama dalam sejarah UMNO Bahagian Shah Alam. Apakah perkembangan ini akan disusuli dengan perkembangan lain yang lebih besar.

Shamsudin tidak mahu menjawab soalan ini bila ditanya.

"Saya hanya seorang ketua cawangan sahaja selepas ini. Tengoklah.. " katanya dengan senyum. "Saya perlu fokus kepada kerja baru saya. Maklumlah sebelum ini saya hampir "full-time" dengan UBSA".

Md Taib pula enggan komen. Datuk Manan tidak dapat dihubungi.