Komen UBSA

Memuatkan berita semasa UMNO Bahagian Shah Alam untuk ahli-ahli yang peka dan ingin tahu perkembangannya terutama pandangan mengenai kepimpinan dan arahtujunya. E-Mail komen: komenubsa@yahoo.com

Friday, August 18, 2006

Berita Agenda Selangor

Tiga pemimpin parti letak jawatan sudah diganti- Salamon


OLEH IWANA NATASYA

SHAH ALAM, Ahad 13 Ogos .--UMNO Bahagian Shah Alam telah melantik pengganti tiga pemimpin atasannya yang meletakkan jawatan secaramengejut berkuatkuasa 9 Ogos lalu.Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Salamon Selamat (gambar) berkata, tiga muka baru yang dilantik berpengalaman luas dalam politik dan diyakini mampu memikul tanggungjawab masing-masing dengan berkesan.

``Jawatan Setiausaha Bahagian akan dipangku oleh Badrudin Othman, Bendahari pula akan disandang oleh Mat Ripin Mat Elah manakala Ketua Penerangan kinidijawat oleh Kamarudin Ahmad.

``Kita perlu segera melantik pengganti tiga pemimpin lama yang meletakkan jawatan tempoh hari bagi memastikan UMNO bahagian Shah Alam terus kukuh dan tidak terjejas,'' katanya.Beliau menyatakan demikian ketika ditemui media selepas majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Shah Alam oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad di sini hari ini.

Salamon mengulas mengenai isu peletakkan jawatan tiga orang kanannya secara serentak didahului oleh Ketua Penerangan, Mat Taib Mat, diikuti Bendahari,Datuk Manan Mohd. Said dan Setiausaha, Shamsudin Hashim.

Dalam pada itu, Salamon ketika di hadapan Mohd. Radzi memberi jaminan bahawa isu peletakan jawatan berkenaan tidak akan menjejaskan jentera parti UMNO Shah Alam.Malah jelas beliau, UMNO Shah Alam akan bekerja lebih kuat bagi memastikan pentadbiran dan masalah rakyat khususnya golongan bumiputera di Shah Alam terus terbela.Katanya, isu berkenaan sepatutnya tidak menjadi masalah kerana segala keputusan yang dibuat adalah mengikut keputusan majoriti ahli jawatankuasapengurusan UMNO bahagian.

`Pada mesyuarat itu hanya tiga ahli jawatankuasa yang menetang nama-nama calon ahli Majlis Bandaraya Shah Alam yang saya umumkan tetapi yang lainmenyokong.``Mereka masih juga tidak puashati dan akhirnyameletakkan jawatan dengan hati terbuka maka saya juga selaku ketua bahagian menerima peletakan jawatan itudengan ikhlas,'' katanya.