Dato Salamon Tentunya Selamat - Janji Bandung (Art 5)
Dato Salamon Selamat tentunya selamat.
Itulah jaminan yang diberikan oleh Timbalannya Dato Nawawi. Jaminan ini diberikan oleh Dato Nawawi semasa majlis makan malam di Hofman Savoy Hotel Bandung pada 1hb. Mei 2006. Beliau akan terus memberikan sokongan kepada Dato Salamon selagi dia mahu menerajui UMNO Bahagian Shah Alam.
Janji yang diberikan di kotaraya Bandung Indonesia tentunya melegakan Dato Salamon. Janji itu dibuat dihadapan kepimpinan UMNO Bahagian dan beberapa Ketua Cawangan semasa berlibur di sana. Sebanyak 3 kumpulan kepimpinan bahagian dan cawangan telah diterbangkan ke Bandung yang menelan belanja hampir RM200 ribu.
Atas jaminan itu Dato Salamon dijangka tidak akan menemui sebarang kesukaran untuk mengekalkan jawatannya bagi penggal yang akan datang dalam pemilihan tahun 2007 seperti yang disuarakan oleh Setiausaha Agung UMNO Dato Radzi Sheikh Ahmad.
"Atas percaturan politik inilah Salamon terpaksa akur dengan kehendak Bakar (Dato Nawawi) untuk meletakkan Shahrin sebagai ahli majlis. Beliau takut kepada Nawawi kerana Nawawi mempunyai kekuatan untuk menggugatnya", kata seorang ketua cawangan dalam DUN Anggerik.
"Ini adalah satu "trade-off" yang terpaksa dilakukan walaupun mengorbankan 3 orang kanan sendiri", komen seorang AJK bahagian yang meminta namanya dirahsiakan.
Benarkah Nawawi benar-benar mampu untuk menggugat Salamon jika janji Bandung terkirai ditengah jalan?
"Belum tentu" kata seorang ketua cawangan lain. "Nawawi belum pernah masuk gelanggang. Dia jangan lupa bahawa dia telah melalui jalan yang mudah sewaktu menjadi ketua pemuda dengan bantuan Salamon, Zain dan Azmir serta seluruh kepimpinan bahagian ketika itu. Pun begitu undinya kalah kepada jumlah undi Kamal dan Azman" dia menambah.
Salamon tentunya boleh mencongak senario ini. Lagipun jawatan ketua wanita dipegang oleh isterinya yang juga dilantik olehnya sebagai ahli majlis baru-baru ini.

<< Home