Komen UBSA

Memuatkan berita semasa UMNO Bahagian Shah Alam untuk ahli-ahli yang peka dan ingin tahu perkembangannya terutama pandangan mengenai kepimpinan dan arahtujunya. E-Mail komen: komenubsa@yahoo.com

Wednesday, August 23, 2006

Jalanan Merdeka 2006

Jalanan Merdeka UBSA 2006 adalah cetusan idea Hj Md Taib bin Mat, bekas Ketua Penerangan UMNO Shah Alam. Beliau mengilhamkan idea itu kepada Ketua UMNO Bahagian Shah Alam dalam bulan March 2006 dan kemudian menyediakan kertas kerja. Apabila kertas kerja terperinci siap beliau diminta menjadi pengerusi pelaksana walaupun beliau agak keberatan kerana pada mulanya Ketua Bahagian mahu Naib Ketua menerajui program ini.

Hj Md Taib memulakan kerja program ini dengan beberapa siri "brainstorming" bermula diBlue Wave Hotel. JK Pelaksana dibentuk mengandungi 14 JK Kecil dengan bidang tugas yang terperinci.

Beberapa siri mesyuarat JK Pelaksana dibuat dan disusuli dengan mesyuarat JK Kecil. Kelainan mesyuarat ini ianya dibuat diluar pejabat UMNO samada diCoffeee Bean, De Palma Cafe, dan Secret Recipe yang terletak dalam SACC Mall.

Program asal mengandungi 4 checkpoint utama (Sek 2, Puspakom Padang Jawa, Menara UBSA, Dewan MBSA sek 20) dan 3 checkpoint kecil ( Sek 24, Sek 17, dan Sek 16). Penyertaan dianggarkan seramai 3,000 hingga 4,000 orang (70 UMNO Cawangan dengan 50 orang setiap cawangan, pelajar sekolah dan pelajar UiTM).

Antara program menarik yang lain ialah pertunjukkan payung terjun oleh (Persatuan Sukan Payung Terjun Malaysia), Penyembelihan 3 ekor lembu sumbangan, masak nasi kawah, pertandingan nyanyian lagu asli dan patriotik, pertandingan kompang, angureah veteran UMNO, dll.

Satu program istimewa ialah kutipan sumbangan dari ahli-ahli UMNO. Hj. Taib Mat dengan pasukan sukarelawan yang diketuai oleh Hj. Kamaluddin telah memulakan tugas kutipan diSek 19, Sek 16, Sek 17, Sek 18 dll. Beras, Gula, Meehoon, Air Mineral, Garam , Sos Chili, wang ringgit telah dikutip walaupun JK Sumbangan & Tajaan belum bergerak ketika itu. Sebuah bilik mesyuarat dijadikan bilik operasi dengan sukarelawan sepenuh masa secara profesional. Kaedah kerja baru ini digerakkan oleh Md taib tanpa sumbangan dari UMNO Bahagian.

Malangnya Hj. Taib Mat bukan lagi pengerusi selepas meletak jawatan Ketua Penerangan Bahagian. Jawatan itu diteruskan oleh Zulkarnain Md Ruslan, Naib Ketua Bahagian.

Hj Md Taib memaklumkan dia tidak pernah diminta untuk menerangkan apa yang telah dibuatnya atau serahan tugas oleh sesiapa. Katanya mungkin kerana pengerusi baru lebih bijak dan arif darinya kerana berkelulusan lebih tinggi dan lebih berpengalaman darinya.

Hari ini 2 hari lagi sebelum program bermula JM UBSA 2006 ini dikatakan telah berubah wajah. Dari 4 + 3 checkpoint sudah tinggal 2 checkpoint sahaja. Dari jarak 5 km bagi setiap checkpoint sudah turun ke 1 km. Lebih baik tidak payah jalan. Terus berlonggok sahaja lagi senang.

Peserta pula dianggarkan hanya 1,000 orang dari 3,500 jangkaan asal. Sumbangan dari cawangan telah terhenti. JK Tajaan pun tidak melakukan tugasnya. Sukarelawan pula sudah dihentikan. Pertandingan kompang dari 300 orang khabarnya sudah jadi 80 orang.

Pertunjukkan payung terjun pula khabarnya tidak jadi. Mungkin lenyap dipukul angin. Entah apa pula yang terjadi pada wang sumbangan dari penaja.

Penyembelihan lembu yang dicetuskan untuk menguatkan ikatan persahabatan (group binding) tidak jadi. Macam beli daging dari pasar pula jadinya. kalau begitu lebih baik minta ahli sedekah sekilo daging seorang, lagi mudah dari nak cari lembu.

Jadi kita lihatlah apa yang akan berlaku pada 26 dan 27hb Ogos 2006. Jangan dari program Jalanan Merdeka UBSA 2006 jadi Jengkel Mata UBSA 2006 sudahlah.