Komen UBSA

Memuatkan berita semasa UMNO Bahagian Shah Alam untuk ahli-ahli yang peka dan ingin tahu perkembangannya terutama pandangan mengenai kepimpinan dan arahtujunya. E-Mail komen: komenubsa@yahoo.com

Tuesday, August 22, 2006

Ahli Majlis - Kuota Wakil Rakyat

Seorang ketua cawangan yang pergi mendengar penjelasan Dato Nawawi di Kebun Bunga memeberitahu Hj Md Taib begini:

"Dato Nawawi kata dia minta Shahrin dilantik atas kuotanya sebagai wakil rakyat. Oleh kerana dia sudah jadi EXCO dia tidak lagi boleh jadi ahli majlis. Kalau dahulu Badruddin wakil Salamon dan Omar Othman wakil Dato Zain, apalah salahnya Shahrin dilantik mewakilinya."

Banyak ahli-ahli UMNO terutama pimpinan akar umbi yang keliru dan percaya dengan penjelasan ini.

Sebenarnya kuota wakil rakyat tidak ada. Kuota hanya diberikan kepada UMNO Bahagian. Badruddin bukan dilantik mewakili Salamon. Masa dahulu sebelum UMNO Shah Alam berpecah bahagain dengan Kota Raja, Kuota UMNO Shah Alam banyak diMBSA, MPK, dan MPSJ. Sampai berlebih untuk pengurusan dan boleh dibahagi kepada AJK Bahagian yang kanan (atau undi tertinggi masa pemilihan).

Badruddin dan Musa Karim dapat diMPSJ serta Hasan Musa dapat diMBSA atas sifat AJK kanan. Cuma Omar Othman yang dapat atas permintaan Dato Zain yang menjadi ahli parlimen dan tidak boleh jadi ahli majlis.

Dalam kes Dato Nawawi dia adalah EXCO yang mengawal selia dan menyelenggara MBSA. Dia boleh panggil semua Datuk Bandar dan semua pegawai MBSA jika dia mahu. Sebab itu Datin Niswaty kata buat apa lagi nak ada wakil-wakil.

Wakil rakyat tidak ada kuota. Sebab itu ada wakil rakyat di bahagian Petaling Jaya Selatan ada yang tidak jadi ahli majlis sebab Kapt Zahar tidak mahu mereka jadi ahli majlis. Hak mutlak Ketua Bahagian untuk buat keputusan.

Tetapi UMNO Bahagian Shah Alam ini lain sedikit. Ketua Bahagian mahu JK pengurusan buat keputusan. Bila JK Pengurusan buat keputusan dia tidak setuju. Bila umum dia masih pakai atas nama JK Pengurusan. Kenapa nak pakai "collective agreement" atau "consensus" tapi tidak mahu ikut.

Dia sepatutnya berani buat keputusan sendiri atas dasar Ketua bahagian. Guna Veto Power. Tidak payah bincang-bincang. Itu haknya. Tiga orang yang letak jawatan sudah kata dari awal-awal begitu. tapi dia mahu JK Pengurusan yang buat, tapi dia tidak mahu ikut.

Jadi saranan saya pada Dato Nawawi janganlah temberang pada orang yang tidak tahu. Bila gambaran sebenarnya diketahui ianya tidak molek. Ia jadi busuk macam telur ayam buruk yang pecah pula.

Cuba kita tanya satu soalan pada Dato Nawawi, "Yang dia beriya sangat nak Shahrin tu jadi ahli majlis kenapa??? Ada apa-apa ke???