Komen UBSA

Memuatkan berita semasa UMNO Bahagian Shah Alam untuk ahli-ahli yang peka dan ingin tahu perkembangannya terutama pandangan mengenai kepimpinan dan arahtujunya. E-Mail komen: komenubsa@yahoo.com

Saturday, August 19, 2006

AJK Yang Kempunan

(Posting Ketua Cawangan - dengan edit)

"kau dengar tak ada AJK UMNO Bahagian Shah Alam yang frust menongggeng lepas 3 orang kanan tu letak jawatan ?" tanya seorang kawan.

"Tak ada pulak", kata saya. "Kan itu hak ketua bahagian. Apa nak bising dan kecewa", sambung saya lagi.

Menurutnya selepas mesyuarat AJK khas pada malam 3 orang letak jawatan ada yang sudah berangan dapat jawatan tersebut.

Seorang beriya benar nak jadi bendahari. Mahu tolong jaga wang UMNO bahagian, "atau mahu kebas wang," kata kawan saya. Dia ni yang selalu sibuk bila ada mesyuarat mengenai tender. Dulu masa Salamon jadi Datuk bandar, orang gelar dia "Timbalan Datuk Bandar". Sampai ada orang ingat dia yang jadi "proxy" orang tertentu.

Yang seorang lagi bercita-cita nak jadi Ketua Penerangan. Dia rasa masanya dah sampai untuk ambil alih penerangan. Sebab tu dia syok sungguh bila tengok ketua penerangan letak jawatan.

Kononnya yang seorang lagi yakin dan percaya dia akan dilantik menjadi setiausaha bahagian. Sampai ada seorang kawannya yang jadi AJK bahagian suruh dia letak lawatan dan bersedia untuk jadi setiausaha. Kawan AJK itu juga suruh dia buat pakaian baru sebagai setiausaha.

Ketiga-tiga orang ini semuanya penyokong kuat Timbalan Ketua Bahagian. Sepatutnya merekalah yang patut dilantik oleh Salamon. Boleh mula belajar buat kerja. Zaman peralihan dari Salamon kepada Nawawi.

Tetapi kenyataannya tidak begitu. Salamon lantik orang lain yang dilihat Gurkha setianya. atau bukan penyokong Nawawi.

Sabarlah yob, nanti kalau ada rezeki masa kamu bertiga akan tiba.