Komen UBSA

Memuatkan berita semasa UMNO Bahagian Shah Alam untuk ahli-ahli yang peka dan ingin tahu perkembangannya terutama pandangan mengenai kepimpinan dan arahtujunya. E-Mail komen: komenubsa@yahoo.com

Sunday, August 20, 2006

Ketua Pemuda Baru

Siapakah Ketua Pemuda UMNO Shah Alam selepas Rahim?

Ramai yang tertanya-tanya soalan ini khususnya dikalangan pemuda. Pemuda dilihat macam tidak bermaya dibawah kepimpinan Rahim. Dia macam tidak mempedulikan lagi pemuda. Ini adalah penggalnya yang terakhir dalam pemuda.

Azhari yang menjadi Naib Ketua sekarang nampaknya kurang bersengat. Jika dia mahu mengambil alih tempat Rahim, dia perlu melakukan sesuatu yang yang boleh diyakini. Dia perlu lebih berketrampilan dan berupaya menonjolkan dirinya sebagai pemimpin pelapis selepas Rahim. Kekuatan akar umbinya tidak kuat. Dalam pemilihan perwakilan baru ini seorang calon AJK yang yang disokong kepimpinan Pemuda dan Azhari telah tewas. Azhari dilihat sebagai calon yang akan dikemukakan oleh Rahim dan disokong Ketua bahagian.

Ramze setiausaha pemuda khabarnya berminat dengan jawatan itu. Dia dikatakan popular dikalangan ahli-ahli pemuda. Walaupun begitu dia juga belum menampakkan daya kepimpinan yang menyerlah.

Shahril atau "Ah Chai" yang menjadi bendahari pemuda juga salah seorang calon dikatakan berminat dengan jawatan Ketua Pemuda. Kekuatannya dikatakan bersandar kepada Dato Nawawi Timbalan Ketua. Mungkin Rahim akan tersepit jika ini berlaku.

Seorang lagi calon ketua pemuda ialah Jeffery Ahmad. Dia tewas kepada Rahim dalam pemilihan penggal lalu. Pun begitu jika pasukan yang lalu berpecah tidak berkemungkinan Jeffery dapat mencelah masuk jika dia mahu dan membuat gerak kerja awal.

Seorang AJK Pemuda yang mungkin mengidam tempat ini ialah Adilob. Sekalipun agak profail usahawan muda ini mampu memberi saingan kepada mereka yang lain.

Jawatan Ketua Pemuda UMNO Shah Alam tentunya akan rancak menjelang masa pemilihan. Buat masa ini ianya masih terbuka luas.