Komen UBSA

Memuatkan berita semasa UMNO Bahagian Shah Alam untuk ahli-ahli yang peka dan ingin tahu perkembangannya terutama pandangan mengenai kepimpinan dan arahtujunya. E-Mail komen: komenubsa@yahoo.com

Monday, August 21, 2006

Oh UMNO Shah Alam Ku (Bhg 1) - (Art 15)

Seorang ketua cawangan bertanya sinis kepada seorang AJK Bahagian yang juga ketua cawangan, "Apa yang UMNO Bahagian dibawah Salamon dah buat selain bangunan UMNO?"

"Apa yang engkau hendak lagi?" tanya AJK bahagian balik. "Tak cukup ke dengan bangunan yang canggih. UMNO Bahagian lain mana ada bangunan macam tu."

"Ye lah, selain bangunan apa pengisiannya. Bangunan itu cuma satu infrastruktur. Boleh ahli-ahli UMNO makan batu bangunan itu? Boleh ke mereka kenyang dengan bangunan tu? Boleh ke ahli-ahli UMNO jadi pandai kerana bangunan tu ada? Boleh ke mereka jadi usahawan ternama dengan bangunan tu?" ketua cawangan melempar soalan.

AJK bahagian diam tidak terjawab.

Memanglah bangunan UMNO Shah Alam menjadi satu mercu tanda kebanggaan ahli-ahli UMNO Shah Alam. Ianya dibina dibawan kepimpinan Salamon Selamat. Tetapi selain dari bangunan tersebut tidak banyak yang dilihat.

Tidak ramai yang berniaga dibangunan UMNO itu. masa ia mula siap ramai yang berebut hendak berniaga. Lepas itu satu demi satu cabut. Perniagaan tidak menjadi. Wang sewa ruang pun tidak terbayar. Akhirnya tingkat 2 bertukar menjadi ruang pejabat UMNO dan NGO. Percuma. Ruang tingkat bawah juga begitu. Senyap. Banyak yang kosong.

Beberapa blok kedai-pejabat yang dibina dalam kompleks UMNO juga terlepas ketangan bukan Melayu. Difahamkan ada seorang bukan Melayu membeli 4 blok ruang kedai-pejabat itu. Pemaju bangunan yang menjadii "Joint-Venture partner" dengan UMNO Shah Alam menjual kepada orang bukan Melayu ini bila mereka kata tidak ada lagi orang Melayu yang mahu beli.

Hartanah dibangunan UMNO pun boleh terlepas ketangan bukan melayu. Jika ini berlaku dibangunan UMNO sendiri apa hendak dihairankan dengan hartanah Melayu lain. Jangan mimpi ruang pejabat kompleks UBSA yang sudah terlepas tangan ini akan balik kepada Melayu lagi.