Komen UBSA

Memuatkan berita semasa UMNO Bahagian Shah Alam untuk ahli-ahli yang peka dan ingin tahu perkembangannya terutama pandangan mengenai kepimpinan dan arahtujunya. E-Mail komen: komenubsa@yahoo.com

Wednesday, August 30, 2006

Penyumbang Jalanan Merdeka Tidak Dihargai

Seorang AJK Bahagian yang menjadi AJK Kecil program Jalanan Merdeka UBSA 2006 memberitahu dia tidak berpuas hati dengan buku cenderamata program yang dibuat gopoh gapah dan kurang teliti.

Dia berkata senarai penyumbang dibuat hentam keromo sahaja tanpa mengikut urutan. "Sepatutnya senarai itu hendaklah disusun ikut nilai sumbangan. Ini lintang pukang. Dato Meswan Dol yang derma seekor lembu duduk tiga dari bawah. Nama Zaharol duduk 6 teratas, tak tahulah berapa dia derma. Jika dia derma kurang dari RM3,000 namanya tak layak duduk disitu. Mungkin kerana dia setiausaha yang ganti Shamsudin dan jadi pengerusi Buku cenderamata, maka namanya diletak disitu".

"Itu OK lagi", tambahnya," Yang tak OK kenapa nama Dato Salleh Ketua Cawangan Seksyen 9 yang derma 4,000 air mineral tidak tercatat namanya. Begitu juga dengan nama Shamsudin Hashim yang derma satu ekor lembu pun tak masuk. Takkanlah kerana mereka marah sangat kepada kawan tu sampai tak mahu masuk namanya langsung".

Seorang AJK Bahagian lain pula berkata," Saya tengok nama Md. Taib yang jadi pengerusi sebelum ini pun langsung tidak ada dalam buku itu. Walhal jalanan merdeka itu dia punya idea. Sikit kredit pun mereka tak beri pada dia".

Bendahari program, Hj. Kamaludin Saidon mengatakan, " hampir 90% sumbangan yang diperolehi samada dicatat atau tidak dicatat dikutip semasa Hj. Md. Taib menjadi pengerusi Jalanan. Banyak kutipan yang dibuat oleh kumpulan sukarelawan iaitu lebih dari 90%".

Kita tidak tahu samada kesilapan itu tidak sengaja atau sebaliknya. Jika betul-betul mereka tersilap maka pihak penganjur perlulah memohon maaf dari mereka yang berkenaan. Tak payahlah hendak tunggu sampai orang yang menyumbang itu menimbulkan hal itu pula. Ini soal budi bahasa dan budaya kita. Memohon maaf diatas kesilapan yang dibuat adalah satu amalan mulia. Janganlah terlalu ego sangat.