Komen UBSA

Memuatkan berita semasa UMNO Bahagian Shah Alam untuk ahli-ahli yang peka dan ingin tahu perkembangannya terutama pandangan mengenai kepimpinan dan arahtujunya. E-Mail komen: komenubsa@yahoo.com

Wednesday, August 30, 2006

Lembu Jinak Lembu Liar - Datuk Yunus Abu

Datuk Yunus Abu yang ditemui baru-baru ini, seorang bekas AJK UMNO Shah Alam tahun 90'an dan berasal dari Melaka memang terkenal dengan kiasan dan bidalan bahasanya (mungkin kurang sikit dari Dato Aziz Tapa) pernah membawa satu cerita dengan bertanya, "Yang mana senang dijaga, 'Lembu jinak atau lembu liar'?".

Kami jawab tentulah lembu jinak sebab sudah ada dalam kandang.

"Inilah maslahnya. Tuan lembu ingat juga begitu. Dia ingat lembu dalam kandang buat apa sahaja pun tak apa. Lembu tu tak akan lawan tokeh. Jadi dia lebih tumpukan pada lembu liar. Dia cuba jinakkan lembu yang liar supaya dapat bawa masuk dalam kandang. Tetapi dia lupa lembu liar tetap lembu liar."

"Sementara itu pula lembu jinak ini lama-lama naik bentan juga. Maklumlah jaga pun acuh-tak acuh saja. Ada makan, ada. Banyak kurang dari lebih kerana tuannya beri tumpuan lebih pada lembu liar. Lama-lama dia pun "fed-up" juga. Terus dia terajang tuannya. Pecah satu kandang. Silap haribulan tuan tergolek "dog" pula". tambahnya

Kata-kata itu dalam maknanya. Tahun 1993 sewaktu Salamon lawan Dato Sujak dia seorang yang bermatian menyokong Salamon. Lepas Salamon menang dia berharap dapatlah apa-apa imbuhan dari Ketua bahagian baru. Selepas pecah bahagian tahun 1994, cawangannya masuk bahagian Klang.

Datuk Yunus ini bolehlah dianggap "lembu jinak kandang". Yang dapat perhatian ialah "lembu liar". Lembu liar itu dilantik jadi ahli majlis. (Tak payahlah sebut nama). Tetapi lembu liar tetap lembu liar, dia lari masuk kandang lain. Dia lawan tokeh balik dalam pemilihann tahun 2004.

Kadangkala elok juga ketua-ketua cawangan jadi "lembu liar", jika diambil iktibar dari cerita Datuk Yunus. Inilah "trend" atau pola yang dilihat sejak beberapa pemilihan dahulu. Banyak "lembu jinak" muda jadi "lembu liar".