Komen UBSA

Memuatkan berita semasa UMNO Bahagian Shah Alam untuk ahli-ahli yang peka dan ingin tahu perkembangannya terutama pandangan mengenai kepimpinan dan arahtujunya. E-Mail komen: komenubsa@yahoo.com

Wednesday, August 30, 2006

Edan bin Edi - Dimana Anda ??? - (Art 20)

Masihkah Sdra Edan Edi menjadi ketua cawangan? Masihkah wujud cawangan Pangsapuri Seksyen 7 yang diketuainya?

Melihat pada buku progam Jalanan Merdeka UBSA 2006 (muka 28) nama Eda Edi tidak tercatat. Puas dicari tidak juga nampak-nampak. Sah namanya tercicir atau terpinggir.

Khabarnya isteri Edan naik angin bila tengok nama Edan tidak ada dalam buku tersebut. Rasa macam ada orang sengaja mahu meminggirkan Edan.

Sdra Edan diberitahu ianya berlaku kerana kesilapan teknikal.

Walau bagaimanapun oleh kerana banyak sangat kesilapan teknikal, kita pun jadi sangsi. Nama penyumbang tidak tercatat dan nama ketua cawangan pun tidak tercatat. Entah apa yang silap lagi kita pun tidak tahu.

Kesilapan terlepas pandang nama seorang ketua cawangan bukan perkara kecil. Ia pula boleh dianggap satu "sabotaj" secara halus. Tambah-tambah lagi pengerusi buku program itu Timbalan Ketua Cawangan dimana Edan Edi menjadi Ketua cawangan. Jangan ada agenda lain terutama dalam pemilihan cawangan yang akan datang sudahlah.

Walau apa pun samada sengaja atau tidak, ada agenda atau tidak, pengerusi buku program hendaklah memohon maaf secara terbuka kepada Edan Edi. Lebih molek lagi jika Ketua UMNO Bahagian sendiri yang memohon maaf kepada Edan Edi. Program itu program UMNO Bahagian. Ianya mencerminkan kewibawaan UMNO Bahagian.

Tak payahlah nak berikan alasan apa jua seperti teknikal dan sebagainya. Seribu alasan boleh diberikan. Yang penting memohon kemaafan kerana maruah seorang ketua cawangan telah tercemar. Kecualilah jika menganggapnya terlalu enteng dan ketua cawangan itu terlalu kerdil. Tetapi perlu diingat, "Seekor gajah yang kuat dan besar boleh mati kerana seekor semut yang kecil dan diangggap lemah".