Komen UBSA

Memuatkan berita semasa UMNO Bahagian Shah Alam untuk ahli-ahli yang peka dan ingin tahu perkembangannya terutama pandangan mengenai kepimpinan dan arahtujunya. E-Mail komen: komenubsa@yahoo.com

Thursday, August 31, 2006

Lakaran Sejarah

Ramai pemimpin UMNO cawangan yang hairan kenapa nampaknya Shamsuddin dan Md. Taib bersikap demikian seolah-olah menghentam Salamon dan Nawawi. Tentu ada cerita atau sebab lain andaian mereka.

Ini menyebabkan ada seorang pemimpin satu cawangan meminta supaya diceritakan sedikit sejarah kepimpinan Salamon sejak menjadi Ketua UMNO Bahagian Shah Alam pada tahun 1993. Ini kerana ramai pemimpin cawangan hari ini adalah muka-muka baru atau cawangan yang baru ditubuhkan.

Pada tahun 1993 lanskap UMNO Shah Alam bukanlah macam hari ini. Kawasannya luas sekali. Ada 3 DUN ketika itu; DUN Batu3, DUN Meru dan DUN Kota Raja (Shahbandaraya). Kawasannya dari Sg. Kedongdong, RRIM, Kg Melayu Subang hingga ke Jalan Kebun dan Johan Setia hinggalah ke Meru, Bukit Kapar dan Bukit Kerayong. Puas kalau nak pusing semua kawasan.

Sebelum pemilihan 1993, Dato Sujak adalah ketua Bahagian. Kisah pertandingan bagi pemilihan 1993 bermula sebelum itun lagi. Pada tahun 1991 beberapa orang pimpinan akar umbi dalam 2 kumpulan telah menjalani satu program gerak-kerja. Kumpulan ini berteraskan pemuda UMNO Bahagian digelar kumpulan "Andaman" dan "Ram Kheng bagi menilai kepimpinan bahagian dan jika perlu melakukan perubahan.

Pada tahun 1992, Allahyarhan Dato Zin Sulaiman (bapa Nawawi) telah mengadakan satu perjumpaan di Hotel Hilton Petaling jaya untuk berbincang kemungkinan perubahan kepimpinan UMNO Bahagian Shah Alam. hadir dalam perjumpaan itu ialah Allahyarham Dato Zin, Salamon Selamat, Hj.Mohd Zin Mohamad, Mansor Jaafar, Amzah Umar Shamsudin Tepong dan Md. Taib Mat. Allyahyarham Dato Zin menyatakan kesanggupannya untuk mengepalai kumpulan itu melakukan perubahan kepimpinan UMNO Bahagian. Perkara dasar untuk melakukan perubahan dipersetujui.

Tahun 1993 bila pemilihan akan diadakan kumpulan tersebut bertemu sekali lagi dan dipersetujui bahawa Salamon Selamat adalah calon terbaik untuk bertanding Ketua Bahhagian, YB Dato Zin mempertahankan jawatan Timbalan Ketua, dan Mansor Jaafar bertanding Naib Ketua. Hj. Nohd. Zain akan mempertahankan jawatan Ketua Pemuda manakala Datin Aminah Jelani (isteri YB Dato Zin, ibu Nawawi) akan bertanding Ketua Wanita.