Komen UBSA

Memuatkan berita semasa UMNO Bahagian Shah Alam untuk ahli-ahli yang peka dan ingin tahu perkembangannya terutama pandangan mengenai kepimpinan dan arahtujunya. E-Mail komen: komenubsa@yahoo.com

Monday, August 21, 2006

Usul, Usul, Usul

Tiap tahun UMNO Bahagian buat Usul. Tiap tahun jawatankuasa usul duduk berjam-jam berbincang dan menyediakan usul. Fikir punya fikir dan punya fikir cari idea untuk usul. Cari perkataan. Cari ayat. Menyedari, menginsafi, memahami, dan macam-macam "me" lagi.

Kemudian cari ayat dan kata-kata lagi. Edit dan edit. Kemudian cari pula pencadang untuk bentang, penyokong untuk sokong dan pembahas untuk bahas.

Disebalik ini semua cuba renung betul-betul. Apa jadi dengan usul-usul ini. Cuba lihat usul tahun-tahun lalu. Banyak yang sama atau hampir sama. Ubah sana sini.

Usul ini cuma satu retorik sahaja. Apa yang jadi dengan usul. Benar-benarkah ianya diambil perhatian dan tindakan.

Tahun ini dalam usul tempatan perkara yang ke 10, ada usul untuk tubuhkan jawatankuasa pemantau usul. Bagus. Idea yang bernas dan amat baik.

Tetapi dapatkah dia diterjemahkan menjadi satu realiti. Siapa pula jawatankuasa pemantau. Ada kuasakah jawatankuasa ini bila ditubuhkan?. Atau hanya sekadar jadi satu simbol sahaja. Macam yang terjadi pada banyak biro.

Jadi kalau macam ini ceritanya lebih baik tahun-tahun hadapan dan berikutnya tidak payah buat usul. Baik beri masa itu untuk peluang ahli-ahli buat ucapan pengangguhan. Ramai yang nak bercakap. Macam-macam mereka nak cakap. Mungkin ada kepimpinan bahagian takut nak mendengarnya.

Dan mungkin kerana takutkan ucapan penangguhan itulah maka pemimpin bahagian lebih suka usul panjang-panjang supaya dapat elak dari tempias ucapan penangguhan.