Komen UBSA

Memuatkan berita semasa UMNO Bahagian Shah Alam untuk ahli-ahli yang peka dan ingin tahu perkembangannya terutama pandangan mengenai kepimpinan dan arahtujunya. E-Mail komen: komenubsa@yahoo.com

Saturday, August 19, 2006

"Alahai Shamsudin - Bekas Setiausaha" (Art 10)

Seorang AJK UMNO Bahagian berkata "Tengoklah apa akan jadi nanti dengan Shamsudin bila tak jadi setiausaha lagi, melepeklah dia! "

Dia menyebut kata-kata ini dengan riang sekali. "Padan muka dia!" tokoknya lagi.

Ramai yang mendengarnya hairan. AJK yang menyebut kata-kata ini pernah satu ketika menjadi sahabat baik Shamsuddin. Pernah satu ketika dengan seorang lagi rakan mereka menjadi "3 serangkai". Hari ini masing-masing bawa haluan. Itulah kawan politik.

"Aku hairan dengan dia ni. Apa yang aku tak buat dan tak tolong untuk dia", Shamsudin mengulas bila diberitahu. Biasalah dalam politik yang menjadikannya begitu hidup sekali ialah sampai tukang menyampai. Dan dalam UMNO tukang sampai menyampai ini bukan sedikit bilangannya. Ramai yang seronok jadi tukang sampai-menyampai.

"Banyak yang aku berkorban untuknya. Untuk keluarganya hinggakan anak-anaknya. Sedih aku bila keadaan jadi macam ini. Perangai dia berubah bila aku dilantik jadi setiausaha bahagian', kata Shamsudin.

"Mungkin dia cemburu tengok awak jadi setiausaha?" tanya seorang.

Mungkin itulah yang sebenarnya. Bukan cemburu yang membina tetapi dengki yang merosakkan. Mereka bukan seronok kawan "naik" sedikit tetapi cuba tarik turun. Biar kawan itu macam mereka selamanya. Bagi mereka "ayam tetap ayam, tidak akan jadi helang".

Mereka jenis ini juga ramai dalam politik. Hari ini mereka tegur anda, besok hari mereka akan memaling muka dan menyimpang diri bila bertembung.

AJK yang mengutuk Shamsudin ini berpendapat tanpa UMNO Shamsudin akan hidup melarat. selepas ini. Dia berkira sedikit kesenangan yang Shamsudin ada sekarang ini datangnya dari jawatan setiausaha UMNO Bahagian Shah alam.

"Engkau ingat elaun setiausaha bahagian aku RM5 ribu satu bulan ke? Dapatlah aku dalam seribu lebih. Setiausaha kerja aku dapat lebih dari aku. Masa aku dalam pejabat UMNO mungkin lebih dari mereka. Malam pun aku kerja bila ada mesyuarat. Hujung minggu pun aku kerja bila ada majlis," terangnya.

"Aku buat itu semua kerana aku seronok. Aku seronok kerana dapat berkhidmat untuuk UMNO dan ahlinya. UMNO itu dalam darah daging aku. Semua ahli keluarga aku dari bapak aku dan mak aku diJohor dulu penyokong UMNO yang kuat," katanya lagi.

Ramai ahli UMNO yang tidak menafikan sumbangan dan pembaharuan yang dibawa oleh Shamsudin. Dibawah pentadbirannya "multimedia" mengambil tempat "backdrop" yang statik. Atas inisiatifnya Ahli-ahli yang menentang Ketua Bahagian dalam pemilihan lalu mula rapat kembali. Dalam persidangan baru-baru ini bekas pemimpin bahagian dan cawangan dijemput hadir sebagai penghargaan dan ingatan kepada khidmat mereka.

Apa sekalipun yang dikatakan oleh AJK bahagian yang mencemoh Shamsudin dan orang lain sepertinya, Shamsudin tetap menjadi satu "chapter" tersendiri sebagai setiausaha UMNO bahagian.

"Jawatan ini bukanlah kekal. Hari ini ada, esok tiada. Kalau tidak sekarang mungkin lepas pemilihan akan datang aku bukan setiausaha juga. Mungkin diganti orang lain. Yalah macam pantai yang berubah dipukul ombak". katanya sambil ketawa.